Masa berkempen, Nik Ajis tak berani pulak nak kutuk orang Kuala Besut, tapi bila PAS dah kalah, merapu meraban orang tua ni menulis di FBnya mengutuk orang Kuala Besut.
Antaranya, Nik Ajis menulis;
Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.
Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.
Apakah dengan menolak PAS menunjukkan orang Kuala Besut tidak berfikir untuk kepentingan agama mereka? Nik Ajis juga membandingkan;
Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam.
Hina bebenor orang yang menolak PAS pada pandangan Nik Ajis. Berilmu sangatlah orang Kelantan di bawah pentadbiran PAS? Bodoh sangat ke orang Kuala Besut?
Hebat sangatkah tarbiyah PAS terhadap orang Kelantan tapi bila keluar sahaja dari Kelantan terutama yang cari makan kat Johor ni, perangai nak diceritakan, boleh buat malu Melayu dan Islam aje.
Semakin tua, semakin merepek, semakin merabu dan semakin meraban Nik Ajis ni. Kalau nak baca tulisannya, sila ke SINI.
Apapun, Nik Ajis memang berjaya mendidik anak Kelantan. Berjaya mendidik mereka berpura-pura, sebab mana yang berhijrah keluar Kelantan tu, bila balik Kelantan, pijak semut pun tak mati!!!
Hari ini ramai yang bangga mengaku Islam dimulut tapi tidak pada cara hidup Islam. pakaian PRAMUGARI MAS sudah cukup menggambarkan negara Islam kita.
BalasPadamHakikat yang terserlah... Doa Rosmah lagi mustajab, memenangkan calon BN lagi sekali.
BalasPadamape buktinya umno/bn melawan perjuangan islam????DAP sudah terang lagi nyata menolak agama islam di malaysia malah menentang hudud dengan terbuka.....umno tak laksana hudud tidak bermakna menentang hudud,tak bermakna tolak islam dan TAK BERMAKNA MENENTANG ALLAH....ini gameplan pas..bila ada satu kes video melibatkan pemimpin pas,ramai2 laung hudud...ikut logik la...islam merupakan agama yang mudah tidak memeningkan....apabila gagal memperoleh saksi yang kukuh maka bukti lain seperti video boleh digunapakai dan cuma memerlukan pengakuan,...itu sahaja...itu pengertian takzir,takzir ialah backup kepada hudud....apabila hukum hudud kurang sesuai dalam sesuatu kes maka takzir pula akan digunakan.....APABILA GAGAL MENGEMUKAKAN SAKSI YANG CUKUP JADI HUKUM LAIN SEPERTI TAKZIR BAKAL DIGUNAKAN!!!!!TAK BERMAKNA DALAM SATU KES HUDUD SAJA AKAN DIGUNAPAKAI,HUKUM LAIN TAK BOLEH PAKAI.....JADINYA KES TU BATAL SAJA LAH TANPA PENGAKUAN HANYA KERANA TAK CUKUP SAKSI NAK MEMBELA SI MANGSA DAN PELAKUNYA AKAN BEBAS MELAKUKAN JENAYAH TANPA DIHUKUM.....INILAH KEADILAN SEBENAR....
BalasPadamBila setan berbicara......
BalasPadam