Rabu, Julai 17, 2013


Tak payah la kita nak berhujah panjang mengenai perkara ini. Dah memang terang - terang isu pasal kalimah Allah ni tak perlu dipertikaikan lagi oleh mana - mana pihak.

Segalanya sudah pun diperkatakan oleh pelbagai pihak. Cuma ada lagi pihak - pihak yang memang sengaja nak menjahanamkan Islam je yang masih tak puas hati.

Hakikatnya sudah termaktub. Penggunaan Kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia ni memang tak perlu. Sebab di Vatican pun tak buat macam tu.

Kalau di Vatican buat, kenapa dalam Bible bahasa Inggeris mereka tak gantikan perkataan 'God' dengan Allah? Kenapa mereka masih menggunakan perkataan 'God'?

Persoalan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan puak - puak Evangalist DAPigs ni terkedu nak menjawabnya. Pun diorang dah tak mampu nak bagi alasan.

Maka, tak mustahil dengan permohonan maaf dari Duta Vatican ni bakal membuatkan puak - puak Evangalist DAPigs tu panas punggung. Diorang dah tak de isu nak dibangkitkan.

Dan bagi PAS pulak, permohonan maaf tu mampu membuatkan mereka tersenyum dan menarik nafas lega. Kiranya, diorang dah tak perlu nak pening kepala.

Sebelum ni, sewaktu isu itu dibangkitkan, mereka masih dalam keadaan teragak - agak untuk membuat keputusan dan pendirian. Malah siap buat kempen 'Tutup Mulut'.

Masing - masing takut nak keluarkan kenyataan. Semuanya nak main selamat dan tunggu 'wahyu' dari Majlis Syura yang tak kunjung tiba.

Kalau ada yang terlepas cakap, dah tentu - tentu ianya akan menjadi persoalan dikalangan rakyat. Dah tentu - tentu ada yang kena 'Gam' dek parti sendiri lepas tu.

Apa yang pasti, semua tindakan PAS itu hanya membawa satu maksud bahawa PAS bukan benar - benar ikhlas nak memperjuangkan Islam. 

Sebaliknya, mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan Politik mereka semata - mata. Kalau isu itu merugikan mereka dari segi sokongan, maka mereka takkan bersuara. Biar pun isu itu dianggap satu penghinaan terhadap Islam!!!
KUALA LUMPUR - Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino hari ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah ALLAH.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari tadi, kata Anifah dalam kenyataan di sini.

Duta itu dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah 'ALLAH' sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Sokongan terbuka Marino itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping