Jumaat, Julai 19, 2013


Kan SH dah kata. Puak - puak Pakatan Haramjadah ni takkan buat kerja tanpa ada agenda yang tersembunyi. Diorang ni buat kerja bukannya ikhlas.

Sekarang ni, makin terketar - ketar la lutut Si Nurul Izzah tu dibuatnya kerana Datuk Raja Nong Chik dah failkan saman fitnah yang dibuat oleh Nurul sebelum ini.

Tapi, apa la yang kita nak heran sangat dengan puak - puak Pakatan ni. Diorang ni mana tau buat kerja lain. Asal bangun je dari tido, teru je cari isu untuk jaja kepada orang supaya membenci Kerajaan. Kalau itu bukan hasutan, kita nak kata apa lagi!!!
Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memfailkan saman terhadap anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai lepas melalui Tetuan Raja Riza & Associates.

Beliau menamakan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong, sebagai defendan.

Media memperoleh writ saman itu hari ini.

Peguam M.Reza Hassan memberitahu pemberita bahawa kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, 60, mendakwa Nurul Izzah, 33, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, sehari sebelum hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu telah diterbitkan di laman web Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei lepas.

Beliau memohon perintah injunksi agar defendan-defendan sama ada melalui dirinya atau ejen-ejennya dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan satu permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Katanya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.

Pada PRU13, 5 Mei lepas, Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi.
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping