Itu dilema yang sedang dihadapi oleh penyokong - penyokong PAS di Pilihan Raya Umum DUN Kuala Besut. Terutama yang datang dari luar.
Mereka yang datang dari Selangor kelihatan agak muram kerana didakwa PRK kali ini tidak serancak seperti lain - lain PRK yang pernah berlansung sebelum ini.
Diorang rasa macam buat letih je datang jauh - jauh. Tapi, atas dasar perjuangan, diorang akan tetap beristiqomah dan meneruskan tugas yang telah diberikan.
Kalau dilihat, memang diakui Pilihan Raya Kecil di DUN Kuala Besut ni kurang meriah. Tak kira dari kalangan jentera PAS mahupun BN.
Kalau dalam PRK lain, banyak ceramah yang dibuat. Merata - rata ceruk ada ceramah. Tapi disini, tak berapa meriah dan tak berapa banyak.
Ada yang memang dah dijadualkan dalam taqwim, tapi terpaksa dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan. Ramai orang yang pergi solat terawih.
Itu alasan yang mereka berikan. Heran jugak. Orang pergi solat terawih pun diorang nak rasa kecewa jugak ke? Habis, yang diorang ni tak terawih ke?
Jika demikian yang digambarkan oleh mereka, apa lagi yang mereka harapkan? Adakah mereka masih yakin bahawa PAS mampu untuk menang di Kuala Besut?
Keyakinan tetap ada. Itu tak dapat dinafikan. Memang mereka yakin menang biarpun kempen berjalan dengan agak lembab dan suram.
Kita mengharapkan supaya ahli PAS semua keluar mengundi dan ahli BN tak keluar ramai. Dengan cara itu, kemungkinan besar mereka boleh menang.
Nampak sangat diorang ni sekadar memberi jawapan untuk menyedapkan diri sendiri. Mati hidup semula pun diorang takkan mengaku diorang bakal kalah di Kuala Besut ni.
Nampak sangat diorang ni sekadar memberi jawapan untuk menyedapkan diri sendiri. Mati hidup semula pun diorang takkan mengaku diorang bakal kalah di Kuala Besut ni.
Kesimpulannya, PAS sekarang ni dok mengharapkan nasib la untuk menang di Kuala Besut. Kalau tidak, memang diorang sendiri tak yakin yang diorang akan menang.
Nampak sangat la yang diorang dah tak konfiden nak menang di Kuala Besut ni. Nak pulak bila calon mereka dok sibuk buat spekulasi yang bukan - bukan.
Semua spekulasi tu hanya menyusahkan kerja mereka. Puas pulak la diorang nak jelaskan perkara tersebut kepada rakyat. Yang boleh terima tahan lagi la. Yang tak boleh?
Itulah. Orang dah pesan dah awal - awal dulu. Kalau nak cari calon ni, cari yang benar - benar MAMPU. Kalau setakat MAMPU tu berdasarkan kepada kewangan, baik tak payah. Tapi, kalau nak bercakap pun tak reti, baik tak payah jadi calon!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.