Jumaat, Julai 26, 2013


PAS tetap bertegas mahu menuntut jawatan Pegawai Seranta Politik seperti yang pernah diusulkan sebelum ini, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.
 
Menurut beliau, adalah perlu bagi wakil setiap parti komponen Pakatan Rakyat mengisi jawatan berkenaan agar kesinambungan parti dapat berjalan seiring dengan program-program, dasar dan pembangunan kerajaan negeri.
 
"Bagi kita apa yang kita nak kita naklah. Yang kita nak Pegawai Seranta (Politik). Apa yang keperluan MB selain daripada itu, terpulang kepada MB. 
 
"Ia lebih untuk menentukan semua yang dilaksanakan dan dilakukan diketahui dan difahami di peringkat parti, contoh wakil PAS akan laporkan kepada kita supaya penyelarasan dari segi parti dan kerajaan semakin rapat," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.
 
Sehubungan itu, menurut Khalid yang juga adalah Ahli Parlimen Shah Alam, beliau akan membawa cadangan itu untuk perbincangan pada Mesyuarat Pakatan Rakyat Selangor yang akan datang.
 
Pengumuman pelantikan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara rasmi sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar yang berkuatkuasa 16 Julai lalu dibuat semalam. Antara tugas beliau adalah dan menyelia semua kakitangan di pejabat Menteri Besar.
 
Isu pelantikan itu bermula pada hujung Mei lalu, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR ke-9 mengarahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya melantik Saifuddin sebagai pegawai seranta politik kerajaan Selangor.
 
Namun Khalid Ibrahim melambat-lambatkan pelantikan itu kerana dipercayai tidak senang dengan campur tangan Saifuddin dalam pentadbirannya dan beliau mencadangkan DAP dan PAS supaya secara terbuka menuntut jawatan yang sama.
 
PAS Selangor pula kemudiannya mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Seranta Politik di Pejabat Menteri Besar manakala DAP pula mencadangkan Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
 
Namun, tidak ada sebarang pengumuman atau berita berhubung pelantikan wakil DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 15 kerusi di DUN Selangor berbanding 14 yang dimiliki oleh PKR.
 
Mengulas lanjut, Khalid Samad berkata isu pelantikan Pegawai Seranta Politik perlu dibincangkan semula oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
 
"Kita nak bincang perkara tentang jawatan Pegawai Penyelaras Politik atau Pengantara Politik sebab dulu tak habis dibincang oleh kerana tumpuan diberi kepada penyusunan DUN dan sebagainya. 
 
"Kemudian kita sibuk dengan Ramadan dan pilihan raya kecil Kuala Besut," katanya.
 
Beliau juga berkata, PAS tidak menuntut jawatan yang sama seperti yang diberikan kepada Saifuddin tetapi mahu jawatan Pegawai Seranta Politik untuk menjaga kepentingan perjuangan parti agar tidak lari daripada matlamat asal.
 
"Tak boleh ada ramai Ketua Staf. Tapi apa yang penting peranan yang dimainkan. Ketua Staf tersebut memerlukan komitmen sepenuh masa. 
 
"Tapi Pegawai Pengantara atau Pegawai Penyelaras tidak melibatkan sepenuh masa. Apa yang penting, apa yang berlaku (dalam pentadbiran), pihak parti turut dimaklumkan.
 
"Mungkin Saifuddin difikirkan mempunyai peranan yang besar dan bukan sekadar penyelaras tetapi lebih sebagai ketua yang akan menyelia sepenuh masa. Bagi kami tiada masalah, itu keperluan bagi MB untuk mempunyai seseorang untuk membantu menguruskan pegawai-pegawai di bawahnya," kata Khalid lagi.
 
DAP juga semalam mahu perbincangan lebih lanjut diadakan bersama menteri besar bagi menuntut jawatan yang sama.
 
Kok yang dicalonkan bagi jawatan berkenaan bagaimanapun menjelaskan keputusan akhir bergantung kepada hasil rundingan yang akan diadakan nanti. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping