Rabu, Julai 17, 2013


Halamak ai!!! Apa pasal pulak tiba - tiba peguam Husam tu nak tarik 'handbrake' dan nak melepaskan diri dari menguruskan kes petisyen di Machang ni? Meh kita baca apa cerita sebenarnya:
Petisyen Parlimen Machang telah ditolak oleh Mahkamah Pilihanraya kerana kegagalan pihak pempetisyen mematuhi peraturan mengikut Kaedah 9, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Kesalahan tersebut berlaku apabila tempat Peguam Hisyam Fauzi mahu digantikan dengan 3 Peguam lain untuk mewakili pempetisyen Pilihanraya tersebut iaitu R Sivarasa, Latheefa Koya dan Muhammad Afiq Muhammad Noor. Menurut Kaedah 9, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:-

Pelantikan peguam bela oleh pempetisyen 
 9. Bersama dengan petisyen, pempetisyen atau pempetisyen-pempetisyen hendaklah meninggalkan di pejabat Pendaftar suatu tulisan, yang ditandatangani olehnya atau oleh mereka, yang memberikan nama seorang peguam bela yang dibenarkan olehnya atau oleh mereka untuk bertindak sebagai peguam belanya atau peguam bela mereka, atau yang menyatakan bahawa dia bertindak bagi dirinya sendiri atau mereka bertindak bagi diri mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan, dalam mana-mana satu hal itu, memberikan suatu alamat di Malaysia di mana notis boleh ditinggalkan. Tiap-tiap tulisan itu hendaklah dicapkan dengan duti yang kena dibayar ke atasnya di bawah undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa. 
Atau, dengan ayat yang mudahnya nama ketiga tiga peguam yang mahu mewakili pempetisyen hendaklah dinyatakan SEMASA petisyen difailkan di pejabat pendaftar mahkamah, tapi ia gagal dibuat semasa memfailkanya. Sepatutnya hanya Hisyam Fauzi sahaja yang mewakili pempetisyen. Sehebat Hisyam Fauzi pun gagal meneliti perkara teknikal sebegini.
Peguam Hisham Fauzi, kerap juga mewakili Kes yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Husam
Peguam Hisham Fauzi, kerap juga mewakili Kes yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Husam
Ini adalah suatu perkara yang amat memalukan apabila satu perkara yang sangat asas dan jelas dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 berkenaan soal prosedur telah gagal dipatuhi oleh peguam peguam hebat PR yang  arif dalam segala macam undang undang Negara. 
Tweet Latheefa Koya mengenai Kes Petisyen Machang.
Tweet Latheefa Koya mengenai Kes Petisyen Machang.
Janganlah cepat melatah apabila peraturan sebegini mudah pun gagal kita patuhi…… belajarlah menerima keputusan walau ia tidak memihak kepada kita. - Kickdefella
Heh! Tak sangka pulak ek. Kita ingatkan Si Tipah Koyak tu dah cukup HEBAT dan hafal semua perundangan yang ada. Rupanya, dia pun ada kantoi jugak ye?

SH bukan apa. Penjelasan ni penting bagi semua pihak. Jangan pulak ada yang salah faham pulak nanti. Takut dikemudian hari, ada orang yang akan salahkan Si Husam tu sebab cuba sabotaj petisyen yang telah dibuat!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping