Alhamdulillah, selamat juga sampai ke destinasi yang dituju biar pun dalam keadaan yang tak berapa sihat. Sampai - sampai je terus terbaca cerita pasal kes saman pil kuda ni.
Dengar kata, PKR bagi amaran kepada bekas calon yang dilaporkan sebelum ini nak saman Hadi Awang ekoran tuduhan melulu Presiden PAS tu.
Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan Harakahdaily berkata tindakan Shamsul itu merupakan keputusan peribadinya serta turut menegaskan parti tidak bersetuju dengan tindakannya itu.
“Masih banyak cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kami harap ia membatalkan hasratnya dan tidak perlu membawanya ke mahkamah,” katanya.
Tian Chua yang juga Ahli Biro Politik PKR berkata usaha menasihati Shamsul sudah dilakukan oleh beberapa pimpinan PKR, namun masih belum pasti perkembangan selanjutnya kerana Shamsul didakwa sebagai masih beremosi terhadap tuduhan itu.
“Namun, apa yang kita harapkan jananlah sampai perkara ini di bawa ke mahkamah. Banyak lagi saluran di luar mahkamah yang boleh digunakan dan kami akan terus menasihatinya untuk tidak meneruskan hasrat tersebut,” katanya lagi.
Bagi SH, apa yang dilakukan oleh PKR ni jelas hanya satu wayang semata - mata. Mungkin tindakan diorang ni sekadar nak tayang depan orang je.
Nak tunjuk la kononnya diorang bantah. Walhal, dalam masa yang sama diorang ni memang menyokong sangat tindakan yang dibuat oleh Si Shamsul tu.
Kita kena ingat. Sebelum ini, Si Sam Ketot tu pun pernah memaki hamun Hadi Awang depan anggota AMK dalam Kongres mereka atas isu yang sama jugak.
Jelas, tindakan Si Sam Ketot tu jelas merupakan satu penghinaan kepada Presiden PAS dan membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh Presiden PAS itu satu kebenaran.
Tapi, masa tu kenapa pulak tak de pemimpin PKR yang tampil dan bagi amaran kepada Si Sam Ketot tu supaya berhati - hati dengan kenyataan yang dibuat?
Kan nampak sangat yang PKR ni sekadar main wayang je depan orang. Diorang saja je nak tunjuk kononnya diorang tak menyokong tindakan tersebut. Walhal, dibelakang, diorang la yang jadi dalang sebenarnya!!!!
Dengan sepantats kilat mereka menyatakan bahawa ada banyak "saluran luar mahkamah yang boleh digunakan". Tapi pada blogger pro-UMNO yg menghentam mereka, tanpa berlengah mereka menggunakan mahkamah untuk menyaman.
BalasPadamMemang dasar parti kaki putar alam.... Cakap langsung tak bleh pakai.