Wah! Bukan main teruja lagi Bekas Exco Pemuda PAS ni bila dia dapat beli baju Si Ostazah Pening tu dengan harga RM 10,10.00. Pelik jugak. Lelaki beli baju pompuan?
Berfikir baik, mungkin dia beli untuk isteri dia yang ada dikampung kot. Sekurang - kurangnya, ada jugak cerita dia nak kongsi dengan isteri dia nanti.
Tapi, yang SH herannya, untuk apa dibuat lelongan sedemikian? Katanya untuk menambah tabung bagi kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut ni.
Duit tabung tu kata akan diserahkan kepada jentera yang membantu bertugas dalam kempen PRK kali ini. Wah! Petugas PAS semua dapat upah ke?
Bukan ke biasanya jentera PAS ni semuanya bekerja fisabilillah dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran? Sejak bila pulak jentera PAS ni dibayar?
Tambah menghairankan kita, untuk apa tabung tu diwujudkan sedangkan calon PAS tu dikatakan terkenal sebagai seorang yang dermawan?
Malah, untuk mewar - warkan kekayaan calon PAS tu, mereka menggelarkan dia sebagai 'Banker PAS Kuala Besut'. Punya la kaya sampai boleh jadi bank.
Jadi, kenapa pulak diorang masih nak kutip duit untuk diberikan kepada jentera PAS yang bertugas di PRK Kuala Besut ni? Suruh aje la Che Long tu bayar. Tak habis de duit dia kalau bayar pun jentera tu. Diorang pun buat kerja untuk dia jugak!!!
Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.NONEIa dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010.Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.