Meskipun hari mengundi berbaki empat hari lagi, suasana di Kuala Besut masih macam biasa, seolah-olah tidak ada pilihan raya yang selalunya meriah dan ramai orang serta sesak dengan kenderaan terutama dari luar.
Selain itu, dalam mana-mana pilihan raya kecil akan ada program ceramah besar-besaran oleh tokoh-tokoh besar serta ribuan orang ditambah isu-isu panas.
Setelah penamaan calon pada 12 Julai lalu, semua ini tidak berlaku di Kuala Besut walaupun bahang pilihan raya umum lalu masih hangat diperkatakan.
Apatah lagi, kedua-dua calon iaitu Pakatan Rakyat (Pakatan) dan Barisan Nasional (BN) adalah anak tempatan serta muka baru yang pertama kali bertanding.
Calon BN ialah bekas jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman manakala calon Pakatan ialah seorang kontraktor iaitu Endot @ Azlan Yusof.
“Cara Umno berkempen dalam kelompok yang kecil atau dari rumah ke rumah, menyebabkan orang yang terbabit juga kurang jumlahnya kerana ahli keluarga mereka sahaja yang hadir.
“Saya tidak nampak lagi Umno mengadakan ceramah besar seperti dalam pilihan raya, begitu juga dengan PAS.
“Beberapa kali saya pusing (keliling) Kuala Besut tidak terjumpa ada ceramah yang ramai orang, penduduk lain pun berkata demikian,” kata bekas Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Besut, Abdul Rahim Awang.
Veteran Umno itu menambah, berkemungkinan besar faktor bulan Ramadan yang menyebabkan kempen pilihan raya kecil ini tidak panas.
Menurut beliau, oleh kerana hampir semua penduduk orang Melayu, waktu malam mereka ke masjid, waktu siang mereka bekerja.
“Jadi petugas terpaksa membuat lawatan ke rumah mereka, selalunya pada waktu petang. Satu lagi cara berkempen ialah dengan mengadakan program berbuka puasa di kampung-kampung tertentu. Ini yang banyak dibuat di Kuala Besut ini,” katanya lagi.
Ps: Walaupun semalam PAS cuba membawa turun artis - artis mereka untuk memeriahkan lagi kempen yang diadakan pada ketika ini, namun ianya tetap gagal menarik perhatian.
Sedangkan Nik Aziz pun orang tak layan, inikan pulak artis. Lagi la orang buat tak tau sebab orang Kuala Besut ni pun agaknya dah menyampah dengan diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.