Apa lagi yang kita nak kata ye tak. Dah diorang sendiri buat anggapan bahawa video tu besi. Kita cuba la nak jelaskan macam mana cara sekali pun. Mesti tak jalan punya.
Sebab tu diorang masih lagi yang nak meragui video yang dikeluarkan sebelum ini mengenai calon PAS yang dikatakan nak cari 'Orang Gaji' bagi menggantikan tempat dia nanti.
Ada yang kata video tu diedit. Mungkin penjelasan dibawah boleh menjelaskan keadaannya. Tinggal lagi SH nak pesan. Kalau awal - awal macam ni pun diorang dah tak percaya pada apa yang calon PAS tu cakap, lepas ni macam mana diorang nak percaya pada dia lagi!!!
Pergerakan mulut dalam video tersebut adalah biasa bagi video streaming kerana separuh kelajuan video tersebut ditentukan oleh kelajuan Internet pada waktu ia dimainkan. Fakta mudah macam itupun balaci susah nak fikir.Sepatutnya calon berkenaan tampil menjelaskan sendiri sama ada suara dia atau suara orang lain yang kedengaran dalam video tersebut, bukannya balaci pandai-pandai cipta fantasi palsu untuk mengatakan video tersebut diedit dan sebagainya.Kalau nak lebih serius lagi, ambil tindakan undang-uindang terhadap laman web yang menyiarkan video tersebut kerana cuba mencemarkan imejnya yang sedia tercemar.Kata duit banyak, apa susah ke nak saman malu? Lagipun calon ini khabarnya orang kuat Husam Musa – manusia nombor dua dalam Malaysia dibelakang Anwar Ibrahim yang banyak menyaman orang.Tapi sebab temuramah berkenaan memang benar-benar asli, maka itulah calon PAS berkenaan tidak tampil mengatakan ia palsu dan sebagainya.Macam mana nak kata palsu, dia buka mulut saja bercakap, orang pasti boleh cam suaranya sama dengan video yang dikatakan di edit tadi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.