Jika selama hari ini, kita tak pernah dengar walau sekali pun PAS mengakui bahawa Kerajaan BN mampu untuk menunaikan janji yang dibuat dalam PRK.
Seperti kebiasaan, mereka akan mencanangkan kepada rakyat bahawa ini semua 'Janji - Janji Kosong' dan mendakwa BN hanya berkempen menabur 'Gula - Gula' kepada rakyat.
Tetapi, lain pula tona mereka kali ini. Mereka tidak lagi mencanangkan bahawa janji - janji yang dibuat oleh Barisan Nasional sebagai 'Janji Kosong' atau pun 'Gula - Gula'.
Sebaliknya, mereka pulak mengakui bahawa BN memang mampu untuk memenuhi semua janji yang telah dinyatakan didalam Pilihan Raya Kecil di DUN Kuala Besut ini.
Sebab itu, didalam sidang media yang mereka adakan kelmarin, tidak lansung ada yang menyebut mengenai 'Janji Kosong' atau 'Gula-Gula Politik'.
Hari ini sidang akhbar mendedahkan jumlah setakat ini peruntukan dan habuan yang telah diumumkan untuk rakyat dan pengundi N.01 Kuala Besut.Jumlah yang beratus juta ini kesemuanya adalah pengakuan UMNO dan B arisan Nasional bahwa dakwaan kami PAS dan Pakatan Rakyat yang menegaskan Kuala Besut dipinggirkan adalah semuanya benar dan semua ini wajar dilihat sebagai sogokan dan dalam keadaan tertekan ini mereka akan melakukan apa sahaja.
Nah! Ternyata kenyataan dari Hatta Ramli itu menjelaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak hanya bercakap kosong semata - mata.
Tidak seperti Pakatan Pembangkang yang hanya datang untuk menghasut rakyat agar menolak Kerajaan tanpa menawarkan mereka sebarang perubahan.
Jika ada sekali pun tawaran yang dibuat, itu hanya omong kosong mereka sahaja. Mereka sendiri tidak mampu untuk menunaikan janji - janji tersebut.
Lihat sahaja di Selangor, Negeri yang kaya ditadbir oleh Pakatan. Nak melaksanakan 'Janji Pilihan Raya' sampai terpaksa angkat sumpah depan Sultan.
Itu membuktikan bahawa Pakatan memang tidak berupaya untuk menunaikan janji yang mereka buat. Itu jelas membuktikan bahawa Pakatan ni jenis manusia yang tak amanah.
Dan sesungguhnya orang yang tidak tahu menunaikan amanah mereka itu tidak layak untuk menjadi pemimpin. Mungkin mereka lupa, manusia berpegang pada janji. Kalau tidak, bukan manusia la namanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.