Ini satu lagi spekulasi buruk yang cuba hendak ditimbulkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu melalui laman media Internet.
Mereka mendakwa kononnya penetapan hari pembuangan undi sengaja diadakan pada hari Rabu bagi memberi kemenangan mudah kepada BN.
Bagi mereka, tarikh yang ditetapkan menyukarkan penyokong - penyokong mereka dari luar untuk pulang mengundi pada hari tersebut.
Ianya disebabkan mereka perlu mengambil cuti tahunan dan ada jugak yang keberatan untuk pulang memandangkan Hari Raya Aidilfitri pun dah hampir tiba.
Cabaran yang paling getir dihadapi oleh PAS di Kuala Besut ialah bagaimana hendak menang kerusi ini tanpa kehadiran pengundi muda yang menetap di Lembah Klang atau yang menetap di luar Terengganu.
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada hari Rabu (hari bekerja) sudah tentu akan memberi kelebihan kepada BN, kerana rata-rata pengundi tempatan merupakan golongan veteran atau berumur 45 tahun ke atas. Lazimnya pengundi berumur 45 tahun ke atas kebanyakkannya penyokong BN.
Agak menghairankan apabila SPR menetapkan 14 hari berkempen seolah-olah kempen PRU, tetapi menetapkan hari mengundi pada hari bekerja. Sudahlah hari bekerja, pilih pula hari Rabu.
Ironiknya penyataan mereka itu apabila mereka anggap hanya mereka sahaja yang bekerja diluar kawasan Kuala Besut ni.
Apa, orang Barisan Nasional tak de yang jadi pengundi luar ke? Tak de yang dari kalangan anak - anak muda yang duduk dan bekerja diluar?
Kot itu pun diorang nak menipu jugak, agak - agak la woi!!! Orang Barisan pun ada jugak yang terdiri dari golongan orang muda dan bekerja di Lembah Klang.
Makanya, dakwaan dan spekulasi yang cuba dicetuskan itu sebenarnya tidak membawa faedah sama sekali. Ianya hanya sekadar nak memburuk - burukkan orang.
Tapi apa la yang kita nak heran sangat dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni ek. DIorang ni bercakap, main ikut sedap mulut. Orang lain kalau berfikir guna Kepala Otak, tapi diorang guna Kepala Lutut!!! Itu pasal la Bebal tak sudah - sudah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.