Hebat! Biar pun tak berapa ramai orang yang nak datang melihat juadah hidangan yang disediakan, PAS tetap jugak dengan agenda biasa mereka iaitu menjaja fitnah.
Apa la motif diorang ni sebenarnya ye? Apa faedahnya diorang melalak - lalak kat bazar Ramadhan ni? Kot ye pun terdesak sangat nak dapat undi, cari la cara lain. Jangan la buat kerja bodoh macam ni!!! Memalukan betul!!!
Kempen Terdesak PAS, Berceramah Di Bazar Ramadhan
Gayanya seperti PAS sudah terdesak sangat apabila Bazar Ramadhan di Kuala Besut, Terengganu yang sepatutnya menjadi tempat tumpuan khalayak mencari juadah berbuka tiba-tiba dimanipulasi pula sebagai tempat berceramah politik.
Kot kalau setakat datang memberi risalah kempen atau calon-calon PRK DUN Kuala Besut memanfaatkannya untuk memperkenalkan diri, itu biasalah tiada masalah pun bagi pengunjung Bazar Ramadhan.
Tapi bagi sekumpulan geng Royalti Kelantan yang turut disertai segelintir ahli NGO Royalti Terengganu (kedua-duanya NGO pro PAS), mereka pergi lebih jauh dari itu apabila menjadikan tapak Bazar Ramadhan sebagai pentas ceramah.
Betul-betul mengganggu mood orang ramai, bikin spoil kemeriahan membeli belah juadah berbuka. Ada tu ada lah yang datang tengok sambil mendengar, tapi cuma segelintir sajalah. Yang lainnya tengok dari jauh sambil mencebik muka.
PAS, kot terdesak sangat nak raih perhatian khalayak patut tahu membezakan tempat dan masanya. Jangan main redah ja, tahulah geng Royalti tajaan Husam tu datang untuk membantu jentera Husam di Kuala Besut, tapi tak payahlah melebih-lebih pula.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.