Hehehe... SH hanya mampu tersenyum sinis bila puak - puak Parti Angguk Saja ni GAGAL untuk mengubah persoalan yang bermain didalam minda rakyat.
Sebelum ini, heboh orang PAS Terengganu sendiri yang tampil meluahkan kegelisahan dan rasa tidak puas hati mereka dengan perlantikan Husam sebagai Pengarah Pilihan Raya.
Mereka mempertikaikan perkara tersebut memandangkan jawatan tersebut tidak sepatutnya diberikan kepada orang luar. Terutama sekali mereka dari Kelantan.
Ini berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai dimana pemimpin PAS Terengganu tidak dibenarkan masuk campur.
Jadi, memandangkan persoalan ini masih hangat diperkatakan oleh rakyat, puak - puak Parti Angguk Saja tu cuba nak alih arah dan mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pulak.
Yang peliknya, laporan tersebut tidak pulak dikeluarkan dalam laman media PAS sendiri. Sebaliknya, ia keluar dalam laporan Sinar Harian. Kenapa tak guna lidah rasmi sendiri?
Nampak sangat la yang PAS ni sebenarnya dah ketandusan idea untuk menjawab persoalan dari kalangan rakyat terutamanya dari kalangan penyokong PAS sendiri.
Diorang tak mampu nak menghidangkan sesuatu yang baru kepada rakyat. Maka sebab itulah mereka terpaksa mencari kaedah lain untuk meraih undi.
Jika dulu, mereka menjadikan isu pergelutan diantara Datuk Seri Idris Jusoh dengan Datuk Seri Ahmad Said. Mereka cuba nak melaga - lagakan dua pemimpin UMNO tu.
Tapi nampak gayanya tindakan tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil. Sebaliknya, dakwaan dan persepsi yang dibuat ternyata GAGAL untuk diterima rakyat.
Sekarang, dengan mengaitkan nama Tan Sri Muhyiddin, mereka sangka ia akan memberikan impak untuk tutup cerita pasal Si Husam tu.
Apa yang diorang nak heran sangat bila Tan Sri Muhyiddin dilantik jadi Pengarah Pilihan Raya Kecil? Benda ni bukan satu isu yang baru.
Malah dalam Pilihan Raya Kecil sebelum ini pun semuanya diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO. Kenapa masa tu diorang tak jadikan isu tu sebagai satu persoalan?
Mengenai lantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan pun tak menjadi satu persoalan juga memandangkan Datuk Seri Ketua Bahagian Besut. Jadi, apa isunya?
Nampak sangat ketandusan idea puak - puak Parti Angguk Saja ni cukup kronik.Tu semua sebab diorang dah tak mampu nak jawab la tu!!! Orang dah nak kalah, memang diorang sanggup buat apa saja demi untuk mendapatkan sokongan!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.