Kan orang dah cakap. Buat la macam mana cara sekali pun, diorang ni takkan nak terima. Waima dah buat simulasi, dah suruh orang basuh, diorang tetap tak percaya.
Jalan paling mudah, mandikan aje diorang ni dengan dakwat tu. Biar padan muka diorang. Baru diorang tau dakwat tu kekal atau pun tidak.
Berikut kenyataan dari Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mengenai isu dakwat kekal yang hendak diguna pakai dalam PRK kali ini:
Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli, beliau dimaklumkan bahawa kandungan bahan utamanya iaitu silver nitrate di dalam dakwat tersebut masih lagi satu peratus, sama seperti kandungan yang diisytiharkan oleh SPR dalam PRU13.Namun umum mengetahui kesan dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu, tidak kekal dan ianya menjadi tanda tanya sama ada dakwat yang bakal digunakan itu adalah dakwat yang sama atau tidak.“Sekiranya dakwat yang sama, saya ragui kenapa boleh berbeda begitu. Akan tetapi jika dakwat baru yang digunakan dalam simulasi ini, adakah dakwat yang sama (yang baru) akan digunakan dalam PRK nanti?” tanya beliau.Sambil tidak menafikan kebaikan dakwat kekal seperti yang didakwa oleh SPR dalam simulasi itu, beliau menegaskan jika benar kekal, maka itulah yang sepatutnya fungsi sebenar dakwat kekal agar tidak berlaku pengundian lebih dari sekali.
Persoalannya, PAS ni ada berapa ramai Pengarah Pilihan Raya? Habis semua pakat nak jadi Pengarah ni, apa cerita? Masing - masing dah gila kuasa sangat dah ke?
Persoalan yang kedua, kalau boleh la ye. Kalau boleh mintak Hatta Ramli buktikan dalam PRU ke 13 hari tu ada pengundi yang mengundi dua kali.
Kali main cakap je ada pengundi yang mengundi dua kali akibat kegagalan dakwat kekal tu, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je.
Sampai hari ini, bila didesak oleh pelbagai pihak agar mereka membuat laporan mengenai kewujudan pengundi dua kali, diorang tak mampu nak berikan.
Yang ada di Kuantan tu pun dah kantoi. Sampai hari ni budak yang buat laporan tu dah tak nampak batang hidung dia sebab SPR dok tengah cari dia.
Jadi, kat situ pun kita dah ragui, apa bukti yang mereka ada untuk mengatakan bahawa pengundia dua kali ni berlaku akibat kegagalan dakwat kekal tersebut? Kalau setakat main cakap dengan air liur je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.