Sabtu, Julai 20, 2013


Kalau dulu Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan yang lain sibuk menghentam Kerajaan kerana tidak mahu menghapuskan semua undang-undang darurat. 

walaupun pada masa itu Kerajaan dah batalkan 3 proklamasi darurat termasuk membatalkan ISA dan Ordinan Darurat.

Pada masa itu, Nurul Izzah tuduh undang-undang yang disediakan oleh pihak Kerajaan ni sebagai kuno, jumud dan bersikap kuku besi. 

Nurul Izzah tidak tahu, atau mungkin sengaja buat tidak tahu bahawa undang-undang inilah yang digunakan untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa itu.

Macam mana ek?

Contohnya, si A adalah ketua kongsi gelap di KL. Semua orang tahu dia ketua kongsi gelap tapi sebab dia pandai cover line, takda bukti untuk kaitkan dia dengan jenayah yang dilakukan pengikutnya. 

Kalau ikut Ordinan Darurat dulu, polis dah boleh cekup si A masukkan dalam tahanan atas alasan mengancam keselamatan negara. 

Jadi bila kepala-kepala kongsi gelap dan gangster semua dah kena tahan, maka jenayah terancang pun jauh berkurangan.

Bila undang-undang darurat itu dibatalkan, maka semua ketua kongsi gelap dan gangster ni dibebaskan dari tahanan dan kembali merancang pelbagai jenayah untuk mengukuhkan kongsi gelap masing-masing.

Itulah sebabnya jenayah pun makin meningkat. Dan sekarang ini bila jenayah meningkat, Nurul Izzah dan kuncu-kuncu Pakatan kembali salahkan polis dan Kerajaan.

Helloooooo... Dulu korang yang beria-ia nak batalkan undang-undang darurat, sekarang ni bila jenayah meningkat sebab semua kepala kongsi gelap dah dibebaskan, kau nak salahkan Kerajaan pula?

Sebenarnya Kerajaan pun patut bertanggungjawab juga, kerana terlalu mengikut rentak Pakatan. Tapi itulah nasib bila sokongan untuk Kerajaan rendah, maka terpaksalah berkompromi kononnya untuk raih kembali sokongan rakyat. 

Kalau sokongan untuk Kerajaan kukuh macam masa zaman Tun M dulu, takkan dilayannya permintaan yang hanya akan merosakkan negara macam ni!!

Kesimpulannya, sokongan untuk BN perlu kukuh bagi memastikan negara terus berada di landasan yang kukuh. Kalau tak, sampai bila-bila akan menjadi mangsa ugutan Nurul Izzah dan macai-macai Pakatan Rakyat!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping