Proses pengundian awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak di sini hari ini berjalan lancar, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa.
Katanya anggota polis telah ditempatkan di situ sejak 6.30 pagi bagi memastikan keadaan keselamatan terkawal apabila proses pengundian bermula pukul 8 pagi.
"Saya puji parti yang bertanding kerana mematuhi peraturan yang telah ditetapkan setakat ini," katanya pada sidang media di sini.
Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak mengundi awal hari ini.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof.
Kedua-dua mereka berada di pusat pengundian awal sejak awal pagi tadi.
Dalam pada itu Jamshah mengingatkan parti yang bertanding dan penyokong mereka agar tidak mengedarkan risalah di tepi jalan raya kerana selain membahayakan kesihatan turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya.
"Ini kerana jumlah kenderaan dan orang makin bertambah menjelang hari pengundian," katanya.
Ps: Pun begitu, masih juga ada segelintir penyokong Pakatan yang cuba buat provokasi diluar pintu pagar kem. Tengok gambar dibawah.
Puas SH kira. Ramai sungguh yang datang buat provokasinya sampai tak terkawal dek abang Polis tu. Dengar cerita, jentera yang dibawa dari luar sikit punya ramai. Nak kata puasa, orang lain pun puasa jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.