Nampak gayanya, PAS ni masih lagi tak ambik ikhtibar dengan apa yang berlaku kepada mereka. Mungkin mereka lupa bulan ni bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan.
Tapi, mereka dilihat seolah - olah tidak menghiraukannya. Masih jugak mereka nak meneruskan agenda mengado domba untuk memancing undi dari kalangan rakyat.
Sebelum ini, ADUN Chukai tampil dengan kenyataan kononnya sebilangan besar ahli keluarga calon Barisan Nasional memberi komitemen menyokong calon PAS.
Adun Chukai, Hanafiah Mat mendakwa berdasar kepada pertemuan dengan anggota keluarga calon BN, sebahagian mereka memberi komitmen bagi menyokong calon PAS.“Saya sudah berjumpa sebahagian daripada mereka, dan ramai menyatakan kesediaan untuk menyokong Che Long kerana lebih dekat dengan masyarakat di Kuala Besut,” katanya pada ceramah di Seberang Barat malam tadi.
Nah! Sekarang mari kita lihat pulak bagaimana wayang yang dimainkan oleh ADUN Chuaki ni kantoi apabila keluarga calon BN berkumpul menyatakan sokongan mereka:
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut, sekitar 3,000 orang.Malah mereka mempunyai persatuan keluarga yang dikenali sebagai “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long”.Faktor keluarga menjadi penyebab kepada kekuatan Tengku Zaihan dan ia ternyata benar apabila usaha menghimpunkan ahli keluarganya menjadi sambutan.Baru-baru ini satu perhimpunan keluarganya telah diadakan di sebuah rumah salah seorang keluarga Tengku Zaihan yang dihadiri oleh sekumpulan ahli keluarga mereka di kampung Nail, kampung kelahiran ‘Abe Ku’ calon BN bagi PRK Kuala Besut.Dalam perjumpaan itu, semua sanak keluarga berikrar memberi sokongan dan akan bekerja keras untuk kemenangan calon BN, Tengku Zaihan.Bahkan, mereka telah membentuk suatu urusetia khas untuk memantau dan memastikan semua ahli keluarga mereka yang ramai itu keluarga mengundi, termasuk pengundi luar dari keluarga mereka akan diusahakan agar balik mengundi calon BN, Tengku Zaihan.
Terbukti bahawa wayang yang hendak disajikan oleh PAS kepada rakyat hanya rekaan semata - mata. Mereka hanya bergantung kepada 'Air Liur'.
Jika benar ada sebilangan besar ahli keluarga calon BN yang beri komitmen untuk menyokong calon PAS, mana buktinya? Kenapa tidak ada gambar mereka?
Nampak sangat la yang ADUN Chukai ni pun sengaja mereka - reka cerita demi untuk menarik perhatian rakyat. Tapi, apa nak heran ye tak. Dah memang darah daging diorang macam tu. Kalau tak menipu, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.