Dibawah ni artikel yang dikeluarkan sendiri oleh pencacai Pakatan Haramjadah tu. Jelas, mereka pun kecewa dengan tindakan PKR.
Tapi, kita yang duduk atas pagar ni dah tak pelik dengan perangai PKR ni beb sebab perkara macam ni bukan satu benda yang baru. Dah lama dah ianya berlaku.
PKR memang dari dulu sampai sekarang suka meminggirkan ahli. Apa yang berlaku pada ahli, itu bukan masalah parti. Tapi itu masalah peribadi. Tinggal lagi, ahli kena memperjuangkan pemimpin. Biar bergadai harta sekali pun!!!
Nasib yang dialami oleh Ketua PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian.
Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong.
Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat. Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya.
Tidak ada apa-apa keperluan untuk beliau berbuat begitu kalau bukan untuk parti. Norhayati disaman oleh kerana beliau dikatakan memfitnah penyaman itu dengan menuduh penyaman itu tidak berakhlak, berpengetahuan dalam agama dan penyaman itu juga mencadangkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bercerai dengan suaminya Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Umum PKR.
Tuduhan Norhayti Jaafar itu dibuat dalam satu sidang akhbar kemudian disiarkan dalam media massa termasuk Harakah. Selain Norhayati berberapa pihak lain juga disaman.
Walaupun apa yang dilakukan Norhayati diluar pengetahuan dan arahan parti, tetapi parti kena ambil peduli kerana ia berbuat begitu demi parti. Tidak ada apa-apa kepentingan untuk dirinya atas kenyataan yang menyebabkan dia difitnah.
Dalam hal ini seluruh ahli PKR boleh berpakat untuk membantu Norhayati. Tidak menjadi masalah kalau kutipan derma di kalangan ahli dilakukan untuk membantu Norhayati. Kalau kutipan untuk tujuan aktiviti parti lain boleh dibuat kenapa tidak untuk membantu ahli parti yang teraniaya?
Ps: Kutip duit untuk buat jamuan tabur fitnah boleh. Tapi nak bantu ahli sendiri tak boleh? Memang sah Parti Kencing Rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.