Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut, Huan Cheng Guan kepada Bernama.
Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.
"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.
Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.
"Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis," katanya.
Setakat ini Semut membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad.
"Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan Semut hanya untuk menyalurkan maklumat.
Ps: SH cuma tumpang gembira je la sebab secara tak sengaja nama SH pun terselit sama. Tak pe. Asalkan mereka nak berjuang menegakkan Kebenaran, kita akan sokong. Tak de masalah.
Perasaan...
BalasPadamItu semut merah lah, bukan semut itam!
Saya syaki dalang dua muka NGO yang panggil diri mereka 'SEMUT' ini yang kononnya mereka nak pantau semua media sosial supaya 'menghormati sesama kaum', tapi saya syak nak TUTUP mulut BUMIPUTERA Melayu/Islam dari PERTAHAN hak kita dari CINA-DAPBIAWAK rasis!
BalasPadamWalaupun mereka ada buat repot polis pasal Cina RASIS hina Islam dan Raja-Raja Melayu (NGO-NGO/media sosial Melayu/Islam yang dulu LAWAN habis-habisan, dan Melayu/Islam/UMNO telah lama dihina begitu keji bertahun lamanya), apasal NGO SEMUT ini tak pula serang pemimpin Cina di akar umbinya, CINA-DAP/PKR/MCA/GERAKAN yang bertahun lamanya nak jatuhkan Islam/Melayu/UMNO dan hak BUMIPUTERA kita, PUNCA yang menyebabkan ramai anak muda Cina makin macam SAMSENG RASIS?! Dan siapa yang yang taja NGO Semut ini sebenarnya - kenapa tak dedahkan semua maklumat sebelum melantik diri mereka sebagai 'POLIS' media?
Jadi janganlah lagi kita terpedaya macam biasa dengan segala macam NGO SAMPAH PKR/DAPBIAWAK!
MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)