Khamis, Julai 18, 2013


Hampir dua bulan selepas Si Ketua Penipu tu mengarahkan supaya Si Siputdin Nasution dilantik sebagai pegawai seranta politik kerajaan Selangor. 

Namun malangnya, arahan hanya diibaratkan sebagai angin berlalu apabila Si Khalid Gagap tu terus tidak mengendahkan arahan berkenaan.
 
Setiap kali diajukan perkembangan pelantikan jawatan itu, pasti Si Khalid Gagap akan memberikan alasan - alasan yang tak masuk akal.
"Masih dalam perbincangan. Kita akan membuat beberapa pengumuman tentang perkara-perkara yang akan dilakukan bagi menjelaskan usaha-usaha wakil-wakil Pakatan Rakyat demi membangunkan negeri Selangor," katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini. 
Khalid sebelum ini, memberi jaminan akan mengumumkan pelantikan ketiga-tiga pegawai seranta politik dalam masa terdekat sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13 diadakan pada 28 Jun lalu.
 
Namun sidang DUN itu telah berakhir 9 Julai tetapi Khalid dilihat terus memandang remeh pengisian jawatan berkenaan.
 
Kongres Nasional PKR ke-9, hujung Mei lalu Si Siputdin Nasution telah diumum akan dilantik sebagai pegawai seranta politik Rejim Pakatan Selangor.
 
Khalid pada mulanya menyatakan sokongan terhadap cadangan itu sekaligus berpendapat adalah menjadi satu keperluan pentadbirannya.
 
Malangnya sehingga hari ini dia masih lagi GAGAL mengumumkan wakil yang layak untuk mengisi jawatan tersebut.
 
Sumber PKR yang rapat dengan Timbalan Presiden, sebelum ini memberitahu bahawa semua perkembangan itu adalah sandiwara Khalid.
"Sebenarnya, Khalid memang tidak mahu campur tangan Saifuddin (Nasution) dalam pentadbirannya. Justeru, beliau sendiri mencadangkan DAP dan PAS supaya secara terbuka menuntut jawatan yang sama.
"Khalid berharap jika semua pihak membuat tuntutan, beliau akhirnya terpaksa melupakan hasrat melantik tiga pegawai seranta dengan alasan menjimatkan wang rakyat," kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, Khalid langsung tidak serius dengan arahan tersebut kerana tidak mahu pentadbirannya dipantau dan dilaporkan kepada parti.
"Khalid ini bijak, dia sedar jika Saifuddin diletakkan di pejabat MB, maka segala tindak tanduknya akan diketahui oleh parti dan Anwar. Jadi dia menghasut DAP supaya meminta jawatan yang sama.
"Tapi Khalid ini sebenarnya lupa bahawa DAP juga mahu memperkudakannya demi kepentingan politik orang Cina di Selangor," kata sumber itu.
Juga difahamkan DAPigs turut tidak senang dengan pelantikan tersebut sekaligus mencadangkan supaya PAS untuk memberikan nama wakil sebagai Pegawai Seranta  Politik.
 
Malah DAPigs turut tidak terkecuali mencadangkan nama Teresa Kok bagi memastikan keseimbangan kerana DAPigs juga adalah rakan kongsi sekata dalam Pakatan Rakyat.
 
PAS Selangor pula kemudiannya mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Seranta Politik di Pejabat Menteri Besar.
 
Namun, sehingga hari Khalid dilihat bijak berpolitik dan berjaya tidak menghiraukan arahan Si Ketua Penipu selaku supremo PKR. Penyudahnya, Si Ketua Penipu tu jugak yang kena MAIN!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping