Heran jugak kita dibuatnya sebab selama ini AS sering mendabik dada mengatakan kononnya mereka buat kerja kerana perjuangan Fisabilillah.
Kononny, bagi PAS, semua kerja - kerja yang mereka lakukan adalah demi untuk rakyat dan tidak mengharapkan sebarang balasan serta pengiktirafan dari orang lain.
Selama hari ini juga, PAS sering menuduh orang lain Gila Pangkat, Gila Kedudukan dan Gila Jawatan sedangkan dalam masa yang sama mereka pun macam tu jugak.
Maka, jika benar PAS berpendirian sedemikian, kenapa pulak tiba - tiba Dewan Muslimat PAS ni tampil dan cuba untuk membuat tuntutan dalam parti tersebut?
Malah, dia siap hasut ahli lagi dengan menyatakan bahawa kepimpinan PAS Pusat tidak mengiktiraf keahlian wanita kerana mereka didapati tidak layak.
Nampak gayanya, PAS memang dah jauh berubah dari perjuangan asal mereka. Bukan sahaja matlamat untuk menegakkan Islam dilupakan, malah mereka juga dah mula jadi tamak!!! Ini la bahananya bila Tahaluf Siyasi dengan Syaiton!!!
Dewan Muslimat PAS tetap menuntut untuk sayap wanita itu diberikan kuota mengisi jawatan naib presiden parti, namun mengakui peluang untuk mencapai matlamat itu hampir mustahil."Kita nak minta (satu jawatan naib presiden)...(pada muktamar) yang lepas ada usul supaya diadakan kouta untuk muslimat.... kami kepimpinan muslimat merasakan bahawa soal kouta ini perlu dibincangkan lagi," kata Timbalan Ketua Dewan Muslim Dr Siti Mariah Mahmud."Saya lebih mementingkan soal kredibiliti kerana kalau menjadi naib presiden, dia (calon Muslimat) bukan naib presiden kepada wanita sahaja tapi naib presiden kepada parti dan peranan dia menjadi lebih luas," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.Pada muktamar PAS tiga tahun lalu di Kota Bharu, Dewan Muslimat PAS membuat kejutan apabila membawa usul meminta agar diperuntukkan satu daripada tiga kerusi naib presiden untuk wanita.Namun usul itu gagal apabila pimpinan parti memutuskan muslimat harus bertanding untuk memegang jawatan nombor tiga tertinggi dalam parti itu.Mengakui tuntutan quota itu 'misi hampir mustahil' untuk menjadi kenyataan, Dr Siti yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata mengikut keadaan sekarang, pihaknya memerlukan sokongan akar umbi ahli lelaki untuk mencalonkan wakil Muslimat bagi mengisi jawatan Naib Presiden."Sekiranya tiada pencalonan maknanya tiada orang yang merasakan dari kalangan muslimat mencapai status itu...dan ini adalah satu ‘wake up call' kepada muslimat untuk mereka sedar diri bahawa tidak ada di kalangan mereka yang layak," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.