Hari ini hanya hari perasmian sidang DUN Pahang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Pahang di Wisma Sri Pahang pagi tadi.
Esok dah masuk sesi perbahasan dan diantara agendanya ialah untuk membahaskan titah diraja. Sama - sama kita tengok, apa pandangan dari puak - puak Pembangkang tu.
Mampu ke diorang terima Kebenaran bahawa Himpunan Blackout 505 yang dibuat sebelum ini hanya satu tindakan yang tidak demokratik? Atau adakah mereka tetap akan tunjuk keras kepala dan mempertikaikan titah tuanku hari ini? Sama - sama kita tunggu...
KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah rakyat perlu bertindak wajar dan menggunakan kebebasan bersuara yang dinikmati di negara ini dengan bijak.Baginda bertitah rakyat perlu berfikir sebaik-baiknya dalam menangani dan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum serta menyatakan pendapat yang membina melalui saluran yang sesuai."Beta berasa dukacita dengan sikap sesetengah pihak yang masih mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara dengan mengadakan demonstrasi serta perhimpunan tanpa mengikut undang-undang."Sepatutnya kita sebagai rakyat di negara demokrasi berparlimen seharusnya menunjukkan sikap yang bijak dalam menangani dan memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum."Tidak perlu kita berarak di jalanan seperti berlaku di negara-negara luar kerana ini akhirnya akan mencetuskan pergaduhan dan pertumpahan darah. Beta berharap budaya dan cara negatif ini tidak menular ke negeri Pahang yang tercinta," titah baginda.Baginda bertitah demikian pada perasmian pembukaan penggal pertama sidang Dun Pahang ke-13 di bangunan Wisma Sri Pahang di sini hari ini.Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman. Turut hadir, Menteri Besar yang juga Adun Pelangai Datuk Seri Adnan Yaakob dan 41 wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang.Sultan Ahmad Shah turut meminta rakyat agar terus menghargai keharmonian kaum yang dikecapi hari ini yang diperoleh hasil kerjasama semua pihak dan perjuangan tokoh-tokoh tanah air terdahulu."Ia perlu dikekalkan agar menjadi warisan generasi sekarang dan pada masa akan datang. Perpaduan kaum yang erat merupakan tonggak kejayaan negara kita selama ini dan perlulah dikekalkan selamanya," titah baginda.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.