Kalau kita tengok kenyataan Si Azmin bila ditanya mengenai jawatan Presiden PKR, nampak sangat dia teragak - agak untuk memberikan jawapan.
Apa yang jelas, Si Azmin tu hanya dilihat cuba untuk mengalih perhatian dengan mengaitkan isu - isu lain yang tidak menjurus kepada soalan asal.
Tak sampai setengah baris ayat, dia dah mula beralih kepada soalan lain yang berkaitan dengan isu hubungan Si Khalid Gagap tu yang ditimbulkan sebelum ini.
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan awal tahun depan.Bercakap kepada The Malaysian Insider, ahli Parlimen Gombak itu menegaskan fokus utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang."Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR," katanya ketika ditemui dalam majlis rumah terbukanya di Ampang, merujuk kepada Pakatan Rakyat."Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik," katanya lagi.Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga merupakan Pengerusi PR Selangor."Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak berkala bagaimana parti boleh b ersama kerajaan negeri melaksanakan manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan," katanya lagi.Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang yang berlangsung pada Ahad dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan."Kita nak selaraskan dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas, sebelum kembali melayan tetamu di jamuan rumah terbukanya.
Dulu pun masa nak bertanding jawatan Timbalan Presiden, Si Azmin ni pernah juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Tapi akhirnya?
Nah! Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa puak - puak PKR ni hanya mementingkan diri sendiri. Diorang bukannya peduli sangat dengan benda lain. Janji dapat kuasa. Itu je tujuan diorang pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.