Ahad, Ogos 18, 2013

Herankan. Jika sebelum ini, puak - puak Pakatan Pembangkang tu cukup suka menjaja kisah mengenai amalan Nepotisme ni dengan tujuan untuk memburukkan UMNO.

Nak pulak kalau Si Ketua Penipu tu. Dia la orang yang paling lantang sekali bercakap pasal isu Nepotisme ni dan dijadikan sebagai senjata utama.

Walhalnya, dalam masa yang sama dia sendiri menjadi pengamal tegar Nepotisme didalam Malaysia ni. Bukan sekadar dalam parti. Malah dalam semua benda sekali pun.

Jika tidak, tak mungkin anak - anak dia serta kroni - kroni dia semuanya boleh jadi kaya raya. Sebagai contoh Si Nurul Izzah dan Si Azmin Ali tu.

Sampai hari ini mereka dicabar untuk mendedahkan aset mereka kepada rakyat. Kenapa mereka enggan berbuat demikian? Katanya telus sangat.

Sekarang isu Nepotisme ni kembali menjadi hangat. Namun ironiknya, ianya bukan sahaja terpalit kepada UMNO. Sebaliknya parti lain pun terlibat sama.

Jika tadi, Si Malik Itik turut dikaitkan dengan isu amalan Nepotisme bila dia pun kantoi melantik ahli keluarga dia jadi Pegawai Khas.

Dan sebelum ini juga, nama Menantu Hadi Awang juga turut dikaitkan dengan isu Nepotisme ni bila nama dia dibangkitkan oleh mereka dari kalangan ahli PAS sendiri.

Meh kita tengok apa komen dari Ketua Pemuda PAS mengenai isu yang juga ada kaitan dengan dia ni:
Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. 

Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.

Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi saw yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. 

Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [ Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw. ]
Hah! Boleh pulak dia kata macam tu ye tak? Kalau sebelum ini, kenapa pulak diorang beria - ia sangat nak mempertikaikan pasal pemimpin UMNO?

Jelas, apa yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah selama hari ini adalah Retorik semata - mata. Kalau orang buat, semuanya Haram belaka. 

Tapi kalau kena batang sendiri, boleh pulak diorang Halalkan perkara tersebut? Itu yang orang kata matlamat menghalalkan cara. Memang nampak sangat la diorang ni menggunakan Islam sebagai alat untuk dipolitikkan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping