Ahad, Ogos 18, 2013


'Ibu Rayu Anak Kembali Islam'. Demikian rintihan hati seorang ibu terhadap anaknya yang dah lama keluar dari ajaran Islam dan mengaku murtad.

Rasanya, tak de orang dalam Malaysia ni yang dapat lupa kes 'Lina Joy' yang menuntut mahkamah agar status 'Islam' dalam kad pengenalannya dibuang.

Semuanya gara - gara kerana dia sudah pun keluar dari Islam dan menganuti agama lain. Pada ketika itu, sentimen dikalangan orang Islam cukup membara.

Terutama sekali dikalangan ahli - ahli PAS sendiri Mereka sanggup bersolidariti dihadapan mahkamah bagi membantah tindakan yang dibuat oleh Lina Joy tu.

Dan, pada ketika itu juga, kita tidak lupa siapa yang berdiri dibelakang Lina Joy dan memberi sokongan penuh terhadap tindakan yang diambilnya.

Selain Si Ambiga BerSHIT, Si Tipah Koyak ni jugak merupakan penyokong kuat terhadap Lina Joy. Dia bersuara atas dasar Hak Kebebasan Manusia kononnya.

Sekarang kita lihat, siapa pulak yang berdiri dibelakang Si Tipah Koyak dan Ambiga tu kalau bukan dari kalangan ahli - ahli PAS sendiri.

Nampak sangat la ahli PAS ni amat mudah diperkotak katikkan oleh orang lain sehingga membuatkan mereka lupa diri. Tu pasal la orang kata, puak - puak PAS ni setakat mampu jadi 'Pak Angguk Saja'!!!
Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.

Wanita berkenaan, Kalthum Omar dilaporkan Utusan tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia bersama suaminya yang beragama Kristian.

“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di Dewan Muktamar Pusat Islam Jalan Perdana, Kuala Lumpur, 17 Ogos.

Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ yang termaktub dalam kad pengenalanya berdasarkan keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.

Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.

“Dia ada telefon saya dua hari sebelum Aidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” katanya.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Manusia guna alasan hak asasi manusia untuk menentang manusia yang tak sependapat dengan mereka. Mereka juga akan menggunakan alasan yang sama jikalau mereka tak sependapat dengan hukum Allah. Semoga kita mendapat perlindungan dari Allah dari segala fitnah yang sedang berlaku ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping