Sabtu, Ogos 24, 2013


Jika sekali imbas, nampak persoalan yang diajukan oleh Bang Mat kita ni memang berasas. Nampak macam ada isi dalam apa yang dia cakapkan.

Tapi dari satu sudut lain, kita boleh lihat dengan jelas sifat Assobiyah yang cukup menebal di dalam kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu.

Mungkin sebab isu berkaitan dengan kes kematian Altantuya ini tak kena pada batang hidung diorang, maka sebab itu diorang boleh tanya soalan sedemikian.

Bang Mat kata dia agak 'terkejut' dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Mahkamah. Katanya, keputusan tersebut seperti 'ada benda yang tak kena'.
Mohamad Sabu menyatakan rasa terkejut beliau berhubung pembebasan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia itu oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, perkara seperti tu tidak seharusnya berlaku kerana pembebasan tersebut menambah lebih banyak persoalan yang belum terjawab.

“Saya amat terkejut dan tidak menyangka mahkamah akan membuat keputusan begini, jadi sekarang ini semua rakyat Malaysia tertanya-tanya apakah yang berlaku sekarang ini? Siapakah yang membunuh Altantuya? 
Bagaimanakah Altantuya ini boleh terbunuh, adakah dia meletupkan dirinya sendiri atau bagaimana” kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.

“Seperti ada sesuatu yang tidak kena namun bila kita cuba nak suarakan keraguan nanti pihak kerajaan kata kita cuba menghina keputusan mahkamah, saya pula akan didakwa maka inilah yang rakyat kena terima maka kes ini akan dibiarkan tidak berkesudahan seperti kes lain yang melibatkan kalangan pemimpin tertinggi,” tambah beliau lagi.
Namun, dalam masa yang sama, Bang Mat juga lupa dengan persoalan dikalangan rakyat mengenai satu kes yang juga mengundang tanda tanya dikalangan rakyat.

Siapa Liwat Saiful Bukhari? Adakah Si Saiful tu liwat diri dia sendiri apabila mahkamah mengenepikan alasan teknikal untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu?

Dalam kes liwat itu juga, rakyat agak terkejut apabila mahkamah membebaskan Si Ketua Penipu itu dari tuduhan tersebut. Tapi, ada orang bising - bising?

Tak de der!!! Semua orang hormat keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah dan membuat rayuan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Dari satu aspek, kedua - dua kes ini mempunyai persamaan yang setara. Kedua - duanya digugurkan atas alasan 'Teknikal' yang membuatkan tertuduh terlepas.

Jika benar Bang Mat nak memperjuangkan Keadilan, maka Bang Mat juga perlu tanya soalan yang sama seperti rakyat lain. Jangan setakat tanya bila ianya tak kena pada batang dia sendiri!!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping