Hah! Amacam? Ada berani ke nak bergusti dalam Parlimen? Masih lagi ke orang nak kata Malaysia ni tak demokratik dalam perlaksanaannya?
Kalau di Negara lain, jangan kata bergusti. Baling kerusi pun ada beb. Tapi di Malaysia, bercakap je lebihnya. Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan tu.
Bila diluar bukan main lagi dia punya sembang. Cerita nak buat itu ini. Tapi bila masuk dalam sidang Parlimen, setakat nak memanaskan punggung je kerjanya. Bukannya diorang nak buat kerja untuk rakyat sangat pun!!!
TAIPEI - Wakil rakyat Taiwan bertindak membaling air dan bergusti sesama mereka dalam satu pergaduhan di Parlimen semalam berhubung isu pembinaan sebuah lagi loji nuklear di negara itu.Berpuluh-puluh wakil rakyat pemerintah dan pembangkang bergaduh semasa mereka cuba merampas podium. Mereka saling membaling air botol dan cawan plastik.Dua wakil rakyat turut jatuh ke lantai semasa mereka bergelut dalam insiden memalukan itu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.Parlimen Taiwan dijadual mengundi untuk mengadakan referendum bagi menghentikan pembinaan loji nuklear keempat itu yang dikenali sebagai Nuke 4 dekat sini.Namun, parti pembangkang, Parti Demokratik Progresif (DPP) memberitahu, pengundian tersebut akan ditangguhkan ke minggu hadapan ekoran pergaduhan tersebut.DPP menentang pembinaan loji itu kerana faktor keselamatan. Namun, parti pemerintah, Kuomintang memberi amaran pemansuhan fasiliti itu akan menyebabkan kekurangan bekalan kuasa dan menjejaskan sektor ekonomi.Insiden terbaharu itu turut mencetuskan kritikan awam dalam forum di internet dan laman web sosial."Parlimen ini lebih kelam-kabut daripada sebuah pasar dengan wakil-wakil rakyat memperbodohkan diri mereka sendiri," kata seorang pembaca akhbar China Times, Dick Wang.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.