Malaysia seharusnya berterima kasih kepada Lee Kuan Yew yang berjaya 'membunuh' golongan komunis dan cauvinis Cina di Singapura yang mungkin mampu mengganggu-gugat negara itu.
Perkara itu dinyatakan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang melihat negara ini bakal berdepan dengan ancaman bahaya jika komunis dan cauvinis Cina terus kuat di Singapura ketika negara berdepan tekanan hebat golongan berkenaan yang hidup bebas di Malaysia.
''Bekas Perdana Menteri Singapura itu (Kuan Yew) tidak cauvinis dan beliau 'mengajar' orang Cina, menutup sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Melayu serta berjaya menegakkan sosialis untuk mencapai Singapura yang stabil.
''Jika tiada Kuan Yew, Singapura mungkin jadi negara komunis atau cauvinis. Terima kasih kepada Kuan Yew kerana dapat menghapuskan cauvinis Cina, tidak seperti masyarakat Cina di sini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Beliau mengulas tulisan Kuan Yew dalam buku terbaharunya, One Man's View Of The World yang menjelaskan dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia telah meletakkan negara ini dalam keadaan yang tidak menguntungkan.Dalam petikan buku itu, Kuan Yew antara lain berkata: ''Ia adalah secara sukarela mengecutkan golongan berbakat yang diperlukan untuk membentuk masyarakat yang mengguna pakai bakat daripada semua kaum.''Menurut Zainuddin, Kuan Yew dengan keras, tegas dan cekap telah dapat menghapuskan sekolah-sekolah berasaskan kaum demi perpaduan rakyat Singapura menerusi satu bahasa iaitu bahasa Inggeris.''Malangnya di Malaysia, kita gagal membentuk suatu bangsa kerana tidak berani menjalankan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,'' katanya.Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, Kuan Yew tidak dapat menerima Dasar Ekonomi Baru kerana beliau hanya melihatnya dari segi merit dan kepentingan politik semasa.''Beliau tidak melihat dari segi sejarah dan sosiologi yang menunjukkan ketamadunan orang Cina yang jauh lebih tua berbanding bangsa lain termasuk bangsa Eropah.''Maka tidak adil untuk mengharapkan orang Melayu bersaing di bawah dasar meritokrasi seperti di Singapura,'' katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.