Selasa, Ogos 13, 2013


Datuk Hilmi Abdul Rashid meminta semua pihak agar tidak masuk campur dalam polemik surat misteri yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan bulan lalu.

Sebaliknya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam ini menegaskan perkara tersebut wajar diserahkan kepada pakar dan pihak berwajib termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana menurut Hilmi, agensi tersebut mempunyai akses dan kuasa untuk membuat semakan berhubung isu yang didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail.

"Saya tak tahu sebenarnya (apa berlaku) sebab ia libatkan aset-aset. Mesti ada satu jawatankuasa atau serah kepada agensi yang boleh buat semakan, kita pun nak semak bukan kita tahu," katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini Mazlan mendedahkan beliau menerima kira-kira 6,000 surat misteri bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang menceritakan 'urusniaga' bernilai puluhan juta antara Anwar dengan peguam veteran tersebut.

Susulan dakwaan itu Anwar hanya membuat laporan polis dan berdepan desakan agar mengambil tindakan perundangan terhadap isu surat misteri itu. Tambah Hilmi, perkara sebenar akan diketahui sekiranya ia dilakukan secara telus dan teliti.

"...dari mana money, funds, aliran duit, bank bukan kita tahu. Kita serah pada pakar untuk buat.

"Kalau kita buat secara telus kita akan tahu apa yang berlaku, perkara ini ada sejarahnya...kita boleh tau," katanya.

Semalam, ada pihak yang menyatakan persoalan mengenai tindakan Anwar berkaitan dengan isu surat misteri yang didedahkan.

Mereka hairan kenapa Si Ketua Penipu tu hanya membuat laporan Polis dan tidak mengambil tindakan saman terhadap bekas calon BN yang mendedahkan perkara tersebut.

Perkara itu memang menjadi tanda tanya dikalangan masyarakat Malaysia kerana ianya tidak menjadi kebiasaan bagi Si Ketua Penipu tu. Nampak sangat la macam ada benda yang tak kena!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Sila tanya Azeez Rahim,bekas kuncu Tingkat Empat, apa yang dia lakukan dengan diskaun bernilai RM36 juta yang DBKL berikan kepada KLGCC / Sime Darby untuk pajakan tanah Bukit Kiara.

    SPRM perlu melihat kepada perkara ini!!

    Azeez kaki songlap tak layak jadi chairman Tabung Haji

    BalasPadam
  2. jgn duk fitnah org

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping