Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu beranggapan keputusan parti itu yang akhirnya akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diadakan semula adalah bukti berlakunya ketidaktelusan.
Katanya, keputusan pemilihan semula itu seharusnya dibuat lebih awal selepas ramai pihak di dalam parti berkenaan mempersoalkan ketidakadilan berkenaan.
"Oleh kerana mereka dah buat silap, mereka kena ikut dan buat semula. Saya harapkan ada perubahan di dalam CEC kali ini.
"Kalau mereka dah akur (pemilihan semula), maknanya mereka telah mengaku mereka tidak telus. Jika mereka benar, mereka takkan berundur. Sekarang ini, mereka dah mengakui kesilapan.
"Mereka kena hadapilah, sebab itu jika dah buat salah, awal-awal lagi kena mengaku kesilapan dan buat semula, jadi tak timbul isu. Sebab akhirnya kena buat semula. Sekarang terpaksa buat sebab jika tidak DAP terbatal," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.
DAP pada mesyuaratnya malam tadi akhirnya akur dengan keputusan ROS untuk mengadakan pemilihan semula CEC setelah mendapat tekanan dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi dan pemimpin parti itu.
Menurut pengerusinya, Karpal Singh, kepimpinan parti juga gusar jika keengganan mereka mengadakan pemilihan semula akan mengakibatkan DAP diharamkan.
ROS pada 30 Julai lalu mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, selain desakan dari ahli-ahlinya yang mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi ketika proses pengundian.
Diajukan hal berkenaan, Aspan yang menyertai DAP tahun lalu berkata, sikap DAP melengah-lengahkan pemilihan semula dan menidakkan penipuan yang berlaku pada CEC Disember lalu semata-mata mahu menjaga kepentingan dan kekuasaan sesetengah pihak.
"Itu sebabnya DAP kelam-kabut. Ada ahli tapi tidak disenaraikan nama. Kit Siang, Guan Eng dan Anthony Loke yang nak pegang kuasa dalam DAP.
Itu yang ramai dalam DAP meradang. Dulu mereka berdegil taknak buat pemilihan semula, tetapi sekarang mereka terpaksa buat," katanya.
Beliau juga mendakwa adalah mustahil bagi ahli-ahli DAP dari kaum Melayu dipilih di dalam CEC akan datang kerana parti itu lebih mementingkan penguasaan kaum Cina.
Aspan turut melahirkan kekecewaannya kerana perjuangan 'pelbagai bangsa' yang kononnya dibawa parti berkenaan hanya propaganda.
"(Penyertaan Melayu) tidak ada dan mustahil. Sebab mereka di dalam DAP ini hanya dua (atau) tiga orang yang menentukan keputusan. Itu sebab parti itu bermasalah.
"Saya berjuang untuk dasar 'multi-racial'. Saya ingat DAP boleh perjuangkan, tetapi rupa-rupanya untuk Cina sahaja. Ini kesilapan dan bohong," kata Aspan.
Menurutnya, beliau menyertai DAP kerana merasakan Barisan Nasional (BN) gagal dalam agenda perpaduan negara.
Namun, setelah menyedari DAP, beliau mulai menyedari keadaan dalam parti itu lebih teruk dan beliau lantas mengecam budaya rasis yang dibawa parti Cina itu.
Ps: Ini yang orang kata, 'Dah Terantuk Baru Nak Tengadah'!!! Orang dah cakap awal - awal. DAPigs ni sekadar Menipu Rakyat!!! Diorang bukannya betul - betul telus nak berjuang untuk orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.