Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Normala Sudirman pula bersedia untuk bertanding jawatan lebih tinggi dalam sayap wanita itu sekiranya menerima pencalonan.
Kata Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor yang mesra dengan panggilan 'Cikgu Mala' ini, apa yang penting adalah untuk memastikan parti itu terus relevan dan diterima rakyat di negara ini.
"Saya yang sentiasa beriltizam untuk menginfakkan diri dan ingin mewakafkan diri dalam perjuangan dan pastinya tidak mudah memegang portfolio parti jika saya rasakan tidak mampu atau belum bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik.
"Apa yang penting hasrat untuk merealisasikan saranan fastabiqul khairat iaitu berlumba-lumba membuat kebajikan dalam apa jua situasi dan apa jua keadaan tidak kira berjawatan atau tidak atau dari sudut mana peranan kita berada," katanya.
Jelas Normala, jawatan dan kedudukan dalam parti adalah amanah yang perlu dipikul dan ia tidak mudah untuk menjalankan tanggungjawab itu.
"Jawatan dalam parti adalah suatu amanah dan bukan untuk dibanggakan atau direbut atas kepentingan peribadi.
"Di dalam PAS, ahli ditarbiyah agar kita jangan meminta jawatan tetapi sekiranya diberi amanah ia akan cuba melaksanakan amanah yang terbaik," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata sebarang keputusan akan dinilai dan diteliti sebelum menyatakan sebarang pendirian.
"Di dalam organisasi PAS, jawatan tidak datang dengan cara diminta sebaliknya ia akan datang jika ada pencalonan dari perwakilan kawasan atau perwakilan dari negeri- negeri.
"Bagi semua pimpinan atau penggerak parti, pencalonan untuk memegang portfolio parti merupakan suatu pengiktirafan sepanjang menongkah arus perjuangan khususnya bagi srikandi pejuang Muslimat di Johor yang perlu dihargai.
"...tetapi untuk menerima pencalonan tersebut, saya biasanya akan melakukan solat istikarah sebelum membuat keputusan," katanya.
Ps: Besar hajat Cikgu Mala ni rupanya. Ingatkan dia sekadar nak berkhidmat je pada orang ramai. Tapi dalam dia, dia ada hati nak 'Naik Pangkat'!!! Kiranya ada udang disebalik batu jugak la ye tak!!!
Mewakafkan dirilah sangatt!!!, padahal jawatan dan kuasa adalah maksud utama.
BalasPadam