Rabu, Ogos 28, 2013


Isu fahaman Syiah dijangka menjadi topik hangat yang akan diperdebatkan dalam muktamar tahunan PAS yang dijangka berlangsung hujung tahun ini, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Tegas pemimpin veteran ini, isu berkenaan yang didakwa menular ke dalam parti itu dilihat menjejaskan majoriti ahli terutamanya di peringkat akar umbi.

Namun jelas Haron, perkara tersebut tidak perlu dipandang serius memandangkan tiada bukti mengaitkan ahli dan pemimpin parti dengan fahaman tersebut.
"Memang media memainkan isu Syiah dan saya agak isu ini akan ditimbulkan dalam perbincangan (perbahasan muktamar), saya melihat perkara ini yang tidak besar diperbesarkan dan kita faham Syiah itu wujud di mana-mana sahaja dalam dunia ini.
"...bukan sahaja pengaruh Syiah itu meresap dalam parti-parti politik di Malaysia. Jadi perkara ini untuk menanganinya bukan ditujukan kepada pihak yang tidak berkuasa tapi pihak yang berkuasa.
"Maknanya pemerintah atau kerajaan sepatutnya mempunyai mekanisme yang berkesan untuk menangani isu Syiah daripada terus merebak," katanya kepada Antarapos.
Baru-baru ini isu berkenaan hangat diperkatakan dalam media serta blog berikutan pendedahan sebuah akhbar arus perdana yang mendakwa dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Sumber memberitahu, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah sekian lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Malah sumber sama menjelaskan, parti yang dianggotai oleh mereka sebenarnya mengetahui kedua-dua pemimpin tertinggi itu menganuti fahaman Syiah, tetapi tiada sebarang tindakan diambil disebabkan kepentingan politik.

Susulan pendedahan itu, tumpuan diberikan kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang pernah dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Bagaimanapun Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' sebelum ini beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping