Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.
Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.
“Dalam pemilihan semula ini, parti DAP sepatutnya bersikap terbuka. Mereka sepatutnya membuka peluang kepada muka baru yang mempunyai kredibiliti dan kelayakan yang tidak berpeluang untuk bertanding pada kongres tahun lalu.
“Mereka juga sepatutnya mendakap peluang ini dengan membuka kepada semua kelompok yang berkepentingan di dalam negara ini untuk masuk bertanding,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Kata Mansor, jika sebaliknya seperti yang diputuskan DAP untuk menggunakan senarai nama calon yang sama pada kongres tahun lalu, parti itu terbukti enggan melihat perubahan dalam keputusan pemilihan 29 September nanti.
"Bagi saya DAP cakap tidak serupa bikin, parti itu banyak menyalahkan pihak lain sebaliknya mereka sendiri tidak mengotakan apa yang dikatakan sebelum ini.
“Jadi, saya menyarankan agar parti itu mendalami ilmu literasi politik dan sejarah negara,” ujarnya.
Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media memaklumkan perkara ini dan sekali gus bakal menyaksikan hanya calon yang telah bertanding pada Kongres Nasional 2012 sahaja yang akan bertanding semula.
Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.