Huh! Lihat la sifat manusia yang 'bertanggungjawab' ni. Dia ni lambang pejuang rakyat didalam Pakatan Haramjadah tu. Dulu, semua benda dia berani langgar.
Bila berdepan dengan lori FRU pun dia tak takut. Siap boleh baring atas jalan depan tayar lori tu lagi. Punya la beraninya Si Tian Chuak tu menegakkan Kebenaran.
Tapi, bila nak berdepan dengan dakwaan dimahkamah, SI Tian Chuak ni tiba - tiba bertukar menjadi seorang budak kecik yang baru lahir. Dia jadi tak tentu arah.
Jika dia yakin yang dia berada dipihak yang benar, kenapa pulak dia nak buat permohonan untuk mengenepikan dakwaan yang telah dibuat?
Kenapa dia tak berdepan je terus dengan tuduhan yang dilemparkan kepada dia sebelum ini? Apa yang membuatkan dia sampai hampir terkencing dalam seluar?
Apa yang dijelaskan oleh Timbalan Pendakwaraya dalam kes ni memang tepat. Sepatutnya kes tu dibicarakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Apa gunanya Si Tian Chuak tu nak tolak dakwaan yang telah difailkan terhadap dia? Kan nampak sangat yang dia memang takut nak berdepan dengan Kebenaran.
Kalau bercakap bukan main lagi. Tapi bila didakwa macam ni, dah meroyan tak tentu arah. Nak jadi pejuang apa kejadahnya kalau dengan tindakan macam tu pun dia dah ketar Kepala Lutut!!!
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 26 Sept ini untuk keputusan berhubung permohonan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan menghasut yang dihadapinya berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam Eric Paulsen yang mewakili Tian Chua dan Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim.Eric dalam hujahannya berkata pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah di sisi undang-undang, berniat jahat atau mala fide, bermotifkan politik dan menyalahgunakan proses mahkamah.Beliau berkata pertuduhan yang dibuat ke atas Tian Chua juga adalah bertentangan dengan dasar awam kerana Tian Chua merupakan seorang anggota Parlimen dan ahli politik pembangkang yang telah mengguna pakai hak kebebasan bersuara dan hak lain yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan."Pemohon (Tian Chua) telah melaksanakan kewajipannya kepada masyarakat dan negara untuk memeriksa dan memperseimbangkan tindak-tanduk kerajaan selaras dengan amalan demokrasi negara,” katanya.Sementara itu, Yusaini dalam hujahannya berkata kes tersebut sepatutnya dibicarakan dahulu agar saksi-saksi pendakwaan dapat memberikan keterangan mereka di mahkamah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.