Kata orang tua - tua, Hantu ni memang takut dengan orang perempuan. Sebab apa 'Hantu' tu takut dengan orang pompuan ni tak pasti la pulak.
Mula - mula, SH sendiri pun tak percaya sangat dengan apa yang dijelaskan oleh orang tua - tua ni sebab ianya tak logik diterima akal.
Tapi selepas baca cerita dibawah ni, mula la SH percaya sikit - sikit. Memandangkan Si Siputdin tu sekarang dah jadi 'Hantu' dalam pejabat Menteri Besar Selangor, memang patut sangat la dia takut dengan Pompuan!!!
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan masih belum masuk ke pejabatnya untuk memulakan tugas, sekaligus menghangatkan spekulasi mengenai krisis dalaman parti itu yang berlarutan sekian lama.Sumber-sumber kerajaan negeri mengesahkan bahawa walaupun diberikan jawatan kanan itu, Saifuddin ditempatkan di Tingkat 5, berhampiran Bahagian Sektoral, Bangunan SUK.Manakala pegawai-pegawai kanan Menteri Besar termasuk Setiausaha Politik Faekah Husin dan Setiausaha Akhbar Arfa Aziz terus bertugas di Tingkat 20 dan 21 yang menempatkan pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Keadaan bertambah kusut apabila Saifuddin, yang juga bekas Ahli Parlimen Machang, dikatakan mendapat arahan melaporkan diri kepada Faekah.Adalah difahamkan Saifuddin tidak senang hati dengan cubaan pihak tertentu untuk "memaksa" beliau berada di bawah telunjuk Faekah memandangkan tanggungjawab utamanya adalah menjadi perantara di antara Khalid dan ibu pejabat PKR.Saifuddin juga bertanggungjawab memantau dasar-dasar kerajaan negeri untuk memastikan ia selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh PKR.Sumber itu berkata tindakan untuk Saifuddin "duduk jauh" dari pejabat Menteri Besar memaparkan hubungan yang semakin rapuh di antara pejabat Khalid dan ibu pejabat PKR.Adalah difahamkan Saifuddin hanya hadir pada 22 Julai lalu di Bangunan SUK bersabit pelantikannya itu. Selepas tarikh itu, beliau tidak "masuk pejabat", kata sumber berkenaan.Ketika mengumumkan pelantikan Saifuddin sebagai pegawai kanan Khalid tiga bulan lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Saifuddin akan bertindak menguruskan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Khalid tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).“Lantikan ini adalah bagi memperkasa pentadbiran Selangor bagi penggal kedua. Penubuhan political liaison ini dibuat bagi menterjemahkan asas perjuangan parti dalam bentuk pelaksanaan politik yang tidak terlalu rigid (ketat),” kata Anwar ketika itu.Adalah difahamkan pelantikan Saifuddin untuk ditempatkan di Pejabat Menteri Besar diluluskan oleh Anwar untuk meredakan kemarahan pemimpin-pemimpin PKR terhadap Faekah yang disifatkan "terlalu berkuasa" di pejabat Khalid.Khalid sendiri dituduh terlampau mengikut "nasihat" Faekah dan kerap kali melanggar arahan-arahan daripada Anwar dan Biro Politik PKR sendiri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.