Menjelang muktamar PAS hujung tahun ini, perbualan umum di kalangan ahli dan penyokong, adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus kekal sebagai Presiden PAS untuk penggal ke empat.
Bagaimana dengan pimpinan lain yang membabitkan timbalannya, Mohamad Sabu, dua Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub yang kesemuanya kalah dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.
Apakah Ketua Pemuda yang kini disandang oleh Nasrudin Hassan akan dicabar? Tumpuan pasti kepada tiga jawatan utama – Presiden, Timbalan dan Naib. Mungkinkah Hadi akan dicabar?
Jika prestasi dan karisma diambil kira – pewakilan PAS perlu memikirkan untuk mendapatkan ketua yang baru. Ramai yang bercakap bahawa karisma Hadi tidak sebesar Datuk Fadzil Mohd Noor yang meninggal dunia pada 2002.
Hadi telah mengetuai PAS dalam tiga pilihan raya umum – 2004, 2008 dan 2013 – dengan pencapaian terbaik pada 2008 iaitu merampas Kedah dan memenangi 24 keruasi parlimen.
PAS mengekalkan Kelantan yang dimenanginya dalam pilihan raya umum tahun 1990 semasa bergabung dengan Tengku Razaleigh Hamzah dari Parti Semangat 46.
Bagaimanapun, PAS merosot pada pilihan raya umum 2013 ekoran kehilangan Kedah, manakala kerusi parlimen berkurang kepada 21 sahaja.
Beberapa tokoh PAS, antaranya Sallahuddin Ayub, Dr Dzulkefli Ahmad, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya umum ke 13 itu.
PAS juga kalah dalam pilihan raya kecil Kuala Besut yang diadakan hari Rabu minggu lalu.
Bagaimanakah Hadi mahu menangani semua ini? Mungkinkah Hadi akan dicabar? Siapakah calon paling berpotensi untuk mencabar Hadi?
Sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, PAS terbelah kepada dua. Satu kumpulan ulama atau tradisi PAS, satu lagi golongan profesional.
Cengkaman golongan profesional ini semakin kuat dalam PAS, mereka kian berpengaruh. Golongan muda bandar dikatakan memberikan sokongan kepada profesional ini.
Belum ada suara-suara dari mana-mana pihak yang mahukan Hadi melepaskan jawatan Presiden PAS.
Tetapi adakah mereka merasa gembira dengan pimpinan Hadi? PAS dalam Pakatan Rakyat hanya menjadi nombor tiga.
Dakwaan Hadi bahawa PAS menjadi parti dominan tidak menjadi kenyataan, dalam banyak isu Hadi terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR.
lsu kalimah Allah PAS `tunduk’ kepada DAP, manakala perhimpunan Black 505 PAS terpaksa akur kepada PKR.
Sebab itu sesetengah pihak menggelarkan PAS menjadi kuda tunggangan kepada kedua-dua parti itu.
Mereka juga mendakwa suara PAS tenggelam di sebalik DAP dan PKR. Mahukah ahli PAS yang berjumlah lebih sejuta orang mahu melihat ia berterusan?
Salah siapa semua ini berlaku? Mungkinkah berlaku kejutan dalam kepimpinan nombor satu PAS hujung tahun ini? Sama - sama la kita nantikan!!!
Ps: Orang sibuk bercerita pasal kes pembunuhan bersenjata diluar. Tapi pembunuhan didalam PAS ni lagi kejam beb!!! Yang bunuh pun bukan orang lain. Sesama diorang sendiri jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.