Sekarang baru la kita tahu apa cerita sebenarnya. Baru la kita faham apa masalah Insaniah Holding ni. Kira bagus jugak la SI Mahfuz Bean ni.
Bila dia bangkitkan isu tu baru la kita dapat tahu hal yang sebenarnya. Bila dia ugut nak bawak jumpa DYMM Yang DiPertuan Agong.
Wah!!! Rasa nak terkencing pulak dalam seluar bila dengar ugutan dari Si Mahfuz Bean tu ye tak. Terkucil tapi masih dapat ku tahan. Hehehe...
Hakikatnya, apa yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu hanya ibarat macam anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, tapi suara hilang. Penyudahnya, dia malu sendiri.
Rupa - rupanya, Insaniah Holding ni adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Rejim PAS Kedah sewaktu pemerintahan mereka tempoh hari.
Tujuan diorang buat syarikat tersebut kononnya untuk menguruskan kewangan dan lain - lain hal berkaitan dengan KUIN. Tapi, itu bukan tujuan asalnya.
Tujuan yang sebenar mereka menubuhkan Insaniah Holding ni adalah untuk memberi kroni - kroni diorang duit. Itu sahaja tujuannya. Berikut jadual gaji CEO Insaniah Holding.
Nah! Kan banyak tu!!! Kalau tak ditubuhkan syarikat macam Insaniah Holding ni, macam mana pulak diorang nak bagi duit kepada kroni - kroni diorang?
Jadinya, sekarang ni Si Mahfuz Bean tu cuba nak memutar belitkan keadaan dan memberi gambaran kononnya Kerajaan Kedah hari ini Kejam dan Zalim.
Dia ingin menimbulkan persepsi dikalangan rakyat kononnya Kerajaan pimpinan Mukhriz Mahathir ni menindas kakitangan Insaniah Holding.
Tapi satu aje la peringatan buat Si Mahfuz Bean ni. Jangan la dia ingat orang lain semuanya Bodoh macam dia. Jangan dia ingat orang lain mudah ditipu senang - senang.
Ingat orang tak tau ke apa yang berlaku sebenarnya? Dia ingat orang tak de maklumat yang berkaitan dengan Insaniah Holding tu? Jangan harap sangat la!!!
Apa yang pasti, ugutan Si Mahfuz Bean tu hanya diibaratkan sebagai satu bahan lawak jenaka je sebenarnya. Kot kalau betul dia berani, bawak je la kes tu ke istana. Lepas tu, kita tengok la macam mana merah muka dia nak berjawab dengan Tuanku!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.