Isnin, Ogos 05, 2013


Pas menyatakan kedudukan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Adun Sungai Limau bergantung kepada tahap kesihatannya.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Azizan kekal sebagai Adun Sungai Limau setelah berjaya mempertahankan kerusinya itu pada PRU13, 5 Mei lalu.

Menurutnya, desas-desus menyatakan Azizan menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut adalah  tidak benar.

“Kedudukannya bergantung kepada tahap kesihatan beliau, kita lihat tahap kesihatannya semakin pulih.

“Lagipun ada yang membantu beliau untuk menjalankan tugas walaupun beliau berada di hospital, jadi ia tak ada masalah untuk meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Jumaat lalu, media melaporkan Azizan masih Adun Sungai Limau, dan setakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana surat peletakan jawatan Adun terbabit.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini berkata, walaupun Azizan belum dapat melaksanakan tugas sebagai Adun selepas memenangi kerusi itu, ia bukan alasan pihak tertentu untuk cuba memanipulasi keadaannya.

“Walaupun Azizan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir tiga bulan dan belum angkat sumpah jawatan Adun, Azizan tetap Adun Sungai Limau berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menjawab persoalanan kemungkinan Pas akan berbincang mengenai kedudukan Azizan di Sungai Limau berkata, Pas di peringkat Pusat tidak mempunyai keperluan untuk berbincang mengenai kedudukan Azizan di Sungai Limau.

“Memang kita akan adakan mesyuarat bulanan selepas Hari Raya, tapi saya tak fikir kita akan bincang isu Azizan.

“Ia bukan keperluan, Azizan akan tetap menjadi Adun Sungai Limau, apabila kita lihat dia semakin sihat,” katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Memang lagu tu dah mentaliti ciput orang PAS. Taktau nak piqiak yang global sikit. Asyik dok ingat kuasa politik yang takut hilang, asyik dok ingat gaji dan elaun yang takut tersontot.

    Tak buleh pikiaq ka DS Azizan tu sakit apa, sakit macam mana? Agak2 dia boleh elok segaq balik macam dulu ka? Agaknya nak tunggu sampai bila?

    Bukan niat aku nak kondem handikep dia, tapi pikiaq la untuk manfaat dan kebajikan orang ramai sama. Takkan PAS rasa puas hati dengan sistem yang Che Long cadang nak buat di Kuala Besut, ambik gaji DS Azizan dan bayaq gaji kat orang lain pulak. Ada akai ka?

    Kalau orang PAS sayangkan DS Azizan, sayangkan lagi Parti Ajaran Sesat depa, aku rasa PAS akan terus menang di Sungai Limau. Tak payah takut la sebab mana ada manusia yang tak mau masuk syurga hanya dengan lukis cabang atas kertas undi.

    Heran aku... Takdak ka alim ulamak dalam PAS yang pandai sikit pikiaq pasal Kebajikan rakyat? Tu la padah kalau asyik dok makan cucoq syiah keluaran Mahpoz.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping