SH mulanya malas nak komen pasal isu ni. Tapi memandangkan ianya untuk kesedaran diri kita sendiri, maka perlu jugak kita ceritakan kepada rakyat.
Kesimpulan yang dapat kita buat dalam isu ini cukup mudah. Sepandai - pandai Pak Menteri tu jadi Ahli Parlimen dan berjawatan Menteri, ternyata dia masih kurang bijak.
Sebelum ini, Pak Menteri tu dengan begitu mudah mempercayai Si Namawee tu sampai siap dijemput datang ke Parlimen dengan tidak melalui protokol.
Pada ketika itu sahaja sudah terserlah sifat Pak Menteri tu yang kurang bijak. Mudah sangat dia nak terima Si Namawee tu dengan tangan yang terbuka.
Masa tu bukan tak de orang yang bercerita pasal Si Namawee ni. Terlalu ramai yang marah pada dia. Tapi, semua itu tidak dipedulikan oleh Pak Menteri.
Dia siap melabelkan Si Namawee tu sebagai 'Pejuang 1Malaysia'. Kenyataan itu jelas membangkitkan lagi kemarahan rakyat terhadap Pak Menteri.
SH ingat lagi bagaimana seorang pemimpin UMNO terkedu apabila disoal mengenai tindakan Pak Menteri tu dalam satu forum bersama blogger sebelum ini.
Pemimpin UMNO tu pun jelas terkial - kial nak jawab berkaitan dengan isu tersebut sampai terpaksa diubah soalan kepada orang lain. Betapa dangkalnya mereka pada ketika itu.
Sekarang, Pak Menteri itu jugak la yang marah dengan tindakan Si Namawee. Siap dia kata pulak Si Namawee tu Bodoh dan Buta Sejarah.
Persoalannya, Kenapa baru sekarang dia nak marah? Kenapa sebelum ini dia sokong bagai nak 'rak'? Itu yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat.
Ada orang kaitkan tindakan Pak Menteri tu dengan pemilihan UMNO. Kemungkinan itu memang wujud dan tak dapat juga kita nak nafikan.
Tapi bagi SH, apa yang Pak Menteri tu buat hanya satu tindakan yang sia - sia belaka. Nampak sangat yang Pak Menteritu kurang bijak. Dia bukan tak cerdik, tapi Kurang Bijak.
Jika sebelum ini, SH sering kata, Pakatan sanggup lakukan apa sahaja demi untuk meraih sokongan dan undi dari kalangan rakyat.
Mungkin mentaliti itu jugak yang Pak Menteri ni pakai. Dia pun sanggup buat apa sahaja untuk meraih sokongan serta perhatian dari rakyat. Mungkin sebab tu dia buat macam tu.
Dan perkara itu pun tidak dapat kita nafikan serta ianya tidak menjadi satu perkara yang mustahil. Mungkin sebelum ini Pak Menteri tu takut kehilangan undi.
Jadi, apa bezanya dengan sekarang? Pak Menteri tu sanggup melabelkan Si Namawee tu sebagai Bodoh dan Buta Sejarah hanya sebab dia takut kehilangan undi jugak.
Cuma satu pesanan ringkas dari SH buat Pak Menteri tu. Jangan la nak ikut sangat perangai Haramjadah puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Lain kali, nak buat satu tindakan tu fikir pakai Kepala Otak dulu. Jangan asyik nak pakai Kepala Lutut!!!
Gua sokong 200% kenyataan Admin,pak menteri la ni no quality...
BalasPadamwa tambah 300%
BalasPadamMInta ahli UMNO tak pilih menteri-menteri yg kurang bijak macam dia ni.
BalasPadamJuga mohon jangan lantik menteri AMARAN (rasanya dah dua orang)
Ade juga menteri yg ada kes mahkamah tu juga minta dia selesaikan kes dulu baru boleh jadi menteri.
Ade sape-sape nak tambah ?
Ahli UMNO Cheras.
senang crita...senaraikan pak2 mentri yg suka buat statemen dan tindakan yg melukakan bgsa melayu.....kasi tukar @ jatuhkan dia mase phimpunan UMNO...bg alert kit...jgn fikir tembolok je
BalasPadam