Sebelum ini, hangat juga kita dengar cerita pasal Tan Sri Azizan Razak ni. Ada yang kata dia akan letak jawatan kerana terlalu 'Depress'.
Ianya berikutan dari pembedahan yang dilakukan sejurus selepas Pilihan Raya Umum yang lalu dimana kedua - dua kakinya telah dipotong.
Tapi, manusia mana yang takkan terasa 'Depress' macam Tok Jan. Dah la kaki kena potong, orang pulak salahkan dia kerana mengakibatkan kekalahan PAS di Kedah.
Siap ada pulak yang buat cerita kata kaki Tok Jan tu dipotong sebab dia sendiri telah mengkhianati perjuangan parti. Macam - macam cerita yang keluar pada ketika itu.
Yang malangnya, bukan orang lain yang bawak cerita sedemikian. Tapi mereka yang dari kalangan pemimpin PAS sendiri yang tabur cerita tu kepada rakyat.
Tujuan diorang supaya diorang terlepas dari dipersalahkan oleh ahli parti kerana mengakibatkan kekalahan teruk PAS di Kedah sehingga hilang tampuk pemerintahan.
Sekarang kita dengar pulak cerita kata Tok Jan nak letak jawatan sebagai ADUN Sungai Limau kerana malu nak berjumpa dengan rakyat.
Malu sebab dia rasa dia yang menyebabkan kekalahan PAS di Kedah. Dan yang sebar cerita pasal perletakkan jawatan Tok Jan ni pun bukan orang lain beb.
Mereka dari kalangan PAS jugak yang dok jaja cerita tu kepada orang ramai. Diorang yang cerita kata Tok Jan sekarang ni malu nak berhadapan dengan rakyat dikawasan dia.
Malah, desakan suruh Tok Jan letak jawatan pun bukan orang lain jugak yang bagi tekanan. Tapi mereka yang dari kalangan PAS jugak yang buat tekanan tersebut.
Jadi, itulah sebabnya kenapa pihak Tok Jan terpaksa keluarkan kenyataan media dan menafikan mengenai khabar angin yang disebarkan sebelum ini.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak masih Adun Sungai Limau, dan setakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana surat peletakan jawatan Adun Sungai Limau.Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun Azizan belum dapat melaksanakan tugas sebagai Adun selepas memenangi kerusi itu dalam PRU13, 5 Mei lalu, itu bukan alasan pihak tertentu yang cuba memanipulasi keadaan.“Walaupun Azizan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir tiga bulan dan belum angkat sumpah jawatan Adun, Azizan tetap Adun Sungai Limau berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Nah!!! Sekarang jelas bagi kita bahawa PAS ni bukan la parti yang baik sangat. Diorang ni bercakap je pasal hidup berpandukan Islam. Tapi dalam hati, Islam tu tak de pun.
Apa yang ada dalam hati diorang hanya kuasa dan nafsu untuk berpolitik. Itu sahaja. Yang lain ni semuanya tak penting bagi diorang. Islam tu pulak hanya alat untuk diorang meraih undi dan sokongan. Bukannya diorang nak tegakkan Islam sangat pun!!!
Ish ish ish... Hudoh sunggoh perangai orang Parti Islam Sedunia ni...
BalasPadamTapi apa nak dikata... akhirat depa dah terjamin.
Kita tengok di Padang Mashyar nanti... Siapa yang kena...
BalasPadam