Seorang amah warga Indonesia bukan sahaja mencuri wang tunai dan barang-barang berharga bernilai hampir RM50,000 milik majikannya, malah turut memberi maklumat palsu semasa siasatan pihak polis.
Namun perbuatan jenayah wanita itu tidak ke mana apabila dia akhirnya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri dan memberi maklumat palsu pada pertengahan bulan ini.
Dengan pengakuan tersebut, Majistret Salina Omar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Tutik Hernalia, 42.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan mencuri dan penjara dua tahun bagi pertuduhan memberi maklumat palsu. Kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan serentak.
Tutik mengaku mencuri wang tunai RM1,600 selain barangan berharga seperti dua utas jam tangan jenama Omega dan Cisco serta dua telefon bimbit jenis Samsung milik majikannya, yang kesemuanya bernilai kira-kira RM50,000.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumah No. 43, Jalan Utama 20, Taman Mutiara Rini di sini pada pukul 10.15 pagi, 18 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Bagi pertuduhan kedua, Tutik yang sudah tiga tahun bekerja dengan majikannya itu, didakwa telah memberi maklumat palsu semasa memberi keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kepada pihak polis.
Kesalahan tersebut dilakukan di pejabat pegawai penyiasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini kira-kira pukul 2.15 petang hari yang sama.
Pertuduhan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M. Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Ps: Bah SH, adalah sewajarnya tindakan yang sama dikenakan terhadap Si Rafizi Jambu tu. Dia pun 'mencuri dan menipu' jugak. Jadi, memang patut dia disumbat ke dalam penjara!!!
Ps: Bah SH, adalah sewajarnya tindakan yang sama dikenakan terhadap Si Rafizi Jambu tu. Dia pun 'mencuri dan menipu' jugak. Jadi, memang patut dia disumbat ke dalam penjara!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.