Eh! Jangan salah sangka pulak. 'Mike Tyson' yang dimaksudkan bukan la bekas peninju yang pernah gigit telinga lawan dia tu. Tapi ini Mike Tyson dari Malaysia.
Mike Tyson adalah nama gelaran yang diberikan kepada Bekas Menteri Besar Selangor ni. Siapa yang bagi nama tu kat dia, tak tau la pulak.
Sebab apa orang bagi nama tu pada dia ek? SH nak tau jugak sejarahnya. Nak kata dia pernah bagi 'Knock Out' pada pihak Pembangkang, rasanya tak de pulak.
Kalau dia yang dapat 'Knock Out' mungkin la jugak. Tapi disebabkan orang masih nak kenang jasa dia, tu pasal la dia masih kekal dalam Mubarak. Kot itu pun dia masih lagi tak sedar diri, tak tau la kita nak cakap apa lagi dah!!! Sendiri mau ingat la!!!
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih kekal keahliannya dalam Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan majlis tersebut yang menyebut keahlian seseorang ahli Mubarak akan terlucut sekiranya ahlinya menyertai pembangkang.
"Tidak ada peruntukan perlembagaan majlis yang menyebut jika seseorang ahli Mubarak itu menyertai pembangkang dia boleh dipecat dan atau keahliannya terlucut, jadi tidak timbul soal beliau masih ahli atau tidak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau dan Mubarak Selangor tetap rasa kesal terhadap tindakan Muhammad yang menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada Mei lalu.
Sebelum ini, majlis berkenaan dikatakan berhak menggugurkan keahlian Muhammad jika perkara itu dikemukakan Mubarak Selangor kepada pusat.
Abu Hassan berharap dengan penjelasan tersebut, mana mana pihak tidak lagi mempersoalkan tentang status keahlian Muhammad dalam majlis berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.