Rabu, Ogos 07, 2013


Selagi ada la keturunan Si Guan Eng dengan Kit Siang ni, maka selama - lamanya la puak - puak DAPigs tu akan menanggung biawak hidup.

Sepatutnya, kalau nak dibersihkan DAPigs tu, anak beranak ni dulu yang perlu kena kerat sebab menyusahkan orang lain.

Dah la mengira pun tak reti. Lepas tu tak nak pulak bertanggungjawab. Jangan kata dengan rakyat. Malah dengan ahli parti sendiri pun diorang sanggup abaikan!!! Jadi, untuk apa diorang nak simpan dua beranak tu lagi!!!
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang supaya lebih bertanggungjawab terhadap kemerosotan kawasan tanah tinggi di negeri itu.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan dengan proaktif dalam perkara tersebut bagi mengelak lebih banyak kes penerokaan bukit secara haram berlaku.

"Siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal ini? CAP berpendapat, individu yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) seharusnya boleh melihat kemusnahan yang berlaku.

"Pemeriksaan tapak seharusnya dilakukan oleh MPPP manakala jurutera geologi mesti turun padang untuk memeriksa apa yang berlaku kepada alam sekitar dan bukan menunggu orang awam memaklumkan tentang perkara berkenaan, baharu hendak bertindak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas Syarikat General Accomplishment Sdn. Bhd., yang didenda RM30,000 oleh mahkamah kerana membersihkan tanah bukit dan menjalankan kerja tanah tanpa kebenaran di Bukit Relau pada Mei lalu.

Mengulas tentang hukuman berkenaan, Mohamed yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkata, ketika menjatuhkan hukuman terbabit, hakim telah memberi ucapan berkobar-kobar tentang keperluan untuk menghantar mesej yang kuat terhadap penjagaan kawasan bukit tetapi denda yang dikenakan tidak setimpal.

"Syarikat berkenaan didakwa mengikut Seksyen 70 A (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 tetapi hukuman yang dijatuhkan tidak mencapai hukuman maksimum yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 70 A (9) iaitu RM50,000 atau penjara selama lima tahun," katanya.

Sambil meluahkan perasaan kecewa berikutan sikap sambil lewa kerajaan negeri terhadap isu berkenaan, Mohamed berkata, jika penguatkuasaan terus lesu, pelbagai kesan buruk akan berlaku.

"Kita boleh lihat tompok hodoh akibat pembersihan bukit di Batu Maung, Balik Pulau, Tanjung Bunga, Bukit Gambir, Tanjong Tokong, Paya Terubong, Teluk Bahang dan Sungai Ara.

"Saya ingin bertanya, adakah semua pembangunan di tempat berkenaan mematuhi syarat dan undang-undang?," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping