Sebelum ini, sudah banyak kali kita membicarakan mengenai 'Pembunuhan Presiden' yang sedang giat dijalankan didalam PAS pada ketika ini.
Siri 'Pembunuhan Presiden' itu mula didedahkan oleh The Malaysian Insider (TMI) dalam sebuah artikel bertajuk 'Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali Ini Dalam PAS'.
Bermula dari situ, SH banyak menerima maklumat dalaman bahawa memang wujud gerakan tersebut yang dijalankan oleh beberapa orang pemimpin PAS sendiri.
Ternyata, apa yang disampaikan kepada SH oleh mereka sebelum ini memang terbukti benar. Nak pulak menjelang pemilihan PAS tak berapa lama lagi.
Sekarang, kita boleh baca sendiri apa yang diluahkan oleh orang yang dikaitkan dengan artikel yang dikeluarkan oleh TMI mengenai isu tersebut:
Nah!!! Sekarang sudah jelas bahawa Politik dalaman PAS ni memang dah kronik sehingga ada yang sanggup menaburkan fitnah terhadap Presiden mereka sendiri.
Jika dengan Presiden sendiri pun diorang tidak mampu untuk tunjuk rasa hormat sehingga sanggup menabur fitnah sebegini, bagaimana pulak dengan kita rakyat biasa?
Bagaimana mungkin PAS masih lagi boleh mendabik dada dan mengatakan yang KONONnya mereka ini pejuang Islam sedangkan mereka pun sanggup berbunuhan sesama sendiri?
Ke mana hilangnya suara pemimpin - pemimpin kanan PAS yang lain dalam menjawab isu sebegini? Adakah mereka semua sudah hilang lidahnya?
Sekarang, apa yang penting, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Mereka perlu mengambil tindakan sekiranya artikel TMI itu dikatakan tidak benar.
Dan yang lebih penting, suspek yang bertindak mengatur 'Pembunuhan Presiden' ini perlu didedahkan. Takkan la PAS nak biarkan sahaja nama baik Presiden diorang diburukkan sedemikian rupa!!!
Assalamualaikum,
BalasPadamKami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.
Sekian, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas dari,
Rakyat News
http://www.rakyatnews.my/