Menjelang pemilihan PAS yang akan diadakan tak berapa lama lagi ni, nampaknya kerja lobi melobi dikalangan pemimpin PAS semakin dahsyat.
Sebenarnya tak de masalah kalau ada yang nak melobi mana - mana pemimpin yang dia rasa layak, tapi nak melobi pun agak-agak la sama.
Ini dah sampai tahap fitnah memfitnah pemimpin lain, bukan melobi dah namanya tapi tu lebih sesuai dipanggil kerja HARAM JADAH.
Dalam facebook sekarang ni cukup hebat kerja HARAM JADAH ni, yang paling hebat sekali yang kita nampak buat kerja macam tu ialah page El-Haraki.
Kalau korang rajin, baca sendiri apa yang admin tu tulis. Kita cuma nak salin tampal apa yang mamat tu tulis saja yang boleh menggambarkan tahap HARAM JADAH dia.
Dr Hatta pernah mengkhianati presidennya sendiri dan mempertahankan tindakan salah seorang daripada Ajk PAS Pusat yang secara terang-terangan menghina Presiden PAS iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH).Kebiadaban Ajk PAS Pusat tersebut telah dianggap oleh Dr Hatta sebagai satu muhasabah untuk Presiden PAS. Seolah-olah sudah ada kesepakatan untuk membuli Presiden dan tindakan yang tidak berakhlak. - Facebook.
Tak ke haram jadah statement tu? Kalau betul memang ada tindakan yang dikatakan 'menghina' Presiden PAS tu pasal apa tak de tindakan di ambil ke atas Dr. Hatta?
Dr. Hatta tu jawatan dia adalah Pengarah Pilihanraya, dilantik oleh Presiden dengan persetujuan mesyuarat AJK PAS Pusat, sama macam jawatan Setiausaha dan Bendahari.
Kalau betul memang ada tindakan Dr. Hatta yang secara terang - terang 'menghina' Presiden patutnya Presiden langsung takdak masalah untuk melucutkan jawatan dia.
Tambah - tambah mamat tu jugak tulis:
Tambahan pula, Dr Hatta Ramli bersama beberapa orang kuatnya di Selangor juga pernah berusaha dan berjaya melepaskan kerusi - kerusi penting PAS di Selangor kepada Anwar semata - mata mendapat laba ekonomi dari Anwar yang merupakan perancang utama ekonomi Selangor. - Ibid.
Kalau betul memang ada Dr. Hatta buat kerja sampai macam tu, memang tak sepatutnya Presiden PAS lepaskan Dr. Hatta macam tu saja. Dr. Hatta patut dikenakan tindakan.
Gila apa nak simpan pengkhianat macam tu. Paling kurang pun Dr. Hatta mesti dilucutkan dari jawatan dia sebagai Pengarah Pilihanraya.
Pasal tu kita boleh kata admin page tu memang HARAM JADAH menabur fitnah. Kalau betul dakwaan dia, takkan la Hadi Awang nak tutup mata.
Tapi kalau memang betul la dakwaan mamat tu dan Hadi Awang pulak sebagai Presiden PAS memang tutup mata, rasanya bukan saja Dr. Hatta patut sahaja yang patut disingkirkan tapi Hadi Awang pun patut disingkirkan jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.