Wah!!! Memang hebat betul la Si Khalid Gagap ni ek. Walaupun dia ni Gagap, tapi dia masih ada daya tarikan yang cukup istimewa.
Tak ada orang lain yang mempunyai kelebihan macam Si Khalid Gagap ni. Waima Si Ketua Penipu tu sendiri pun tak ada kelebihan sedemikian.
Korang bayangkan. Si Khalid Gagap ni senantiasa dikelilingi oleh perempuan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk dia. Hah! Tak ke istimewa namanya tu?
Selama dia menjadi Menteri Besar Selangor, semua yang asyik membela dia terdiri dari kalangan orang perempuan. Lelaki tak pernah pun tampil nak bantu dia.
Hari tu, ada jugak Setiausaha Politik dia yang juga merupakan Andartu tu untuk menjadi tembok bagi membidas semua dakwaan yang dibuat terhadap dia.
Lepas tu dia ada seorang wakil dari kalangan PAS yang sanggup menawar diri berhadapan dengan ibu - ibu tunggal bila mereka buat demo depan pejabat SUK.
Sekarang tiba giliran salah seorang lagi Exco Wanita yang dilantik menjadi Pembela Si Khalid Gagap ni bila dia dihentam oleh pemimpin PKR sendiri.
Tapi, tak heran la kenapa diorang sanggup jadi pembela Si Khalid Gagap tu. Sebab masing - masing nak menjaga periuk nasi sendiri. Tu je sebab diorang sanggup. Kalau tidak, jangan harap la diorang nak buat semua tu!!!
SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Rodziah Ismail menafikan dakwaan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelihatan dipinggirkan pemimpin PKR negeri dalam banyak aktiviti parti dan kemasyarakatan setempat.Sebaliknya, Rodziah ketika ditemui Antarapos pada Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat DUN Batu Tiga malam tadi menegaskan bahawa semua pihak perlu memahami akan tugas Khalid selaku Menteri Besar Selangor yang berperanan penting dalam menjaga hal ehwal negeri itu.Justeru sebagai pemimpin masyarakat katanya, soal pembahagian masa adalah amat dititikberatkan oleh Khalid.“Saya berpandangan perkara yang dinyatakan di dalam media tentang isu boikot MB itu pada saya mungkin pandangan segelintir.“Saya sendiri selaku pimpinan PKR, saya rasakan kita kena faham bahawa tugasan sebagai Menteri Besar itu ada tugasan khusus yang perlu dilaksanakan.“Menjadi pemimpin parti, juga pemimpin masyarakat, macam saya sendiri sebagai Exco juga, kita perlu membahagikan masa dengan baik,” katanya kepada Antarapos.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.