Dewi Persik, Hantu yang biasanya jadi 'Igauan' orang Indonesia |
Oh! Rupanya ada cerita lain disebalik kisah 'Hantu Tak Masuk Pejabat' yang diwar - warkan sebelum ini. Patut la 'Hantu' tu takut sangat dengan pompuan.
Kiranya, 'Hantu' pompuan ni lagi hebat dari 'Hantu' Si Mat Muka Bulan tu. Hebat jugak la Si Khalid Gagap tu pilih 'Hantu' yang boleh jaga dia ye.
Ada sahabat SH cerita tadi, diorang ni berebut nak dapatkan 'Harta Karun' yang ada kat dalam pejabat Menteri Besar tu. Agaknya 'Hantu' pompuan tu la tukang jaga harta tu kot.
Apa pun, korang baca la cerita pasal 'Hantu - Hantu' kat Pejabat MB Selangor tu kat bawah ni nanti. Cuma SH nak buat kesimpulan sikit je.
Hakikatnya, 'Hantu - Hantu' yang ada kat Pejabat Menteri Besar Selangor tu bukannya nak berkhidmat untuk rakyat sangat. Tapi lebih kepada untuk kepentingan diri sendiri.
Kalau kat luar, diorang cerita la kononnya diorang ni nak membela nasib rakyat sedangkan apa yang diorang buat adalah sebaliknya. Diorang hanya membela nasib poket sendiri.
Dan dalam masa yang sama, hebat jugak la Si Khalid Gagap tu mempermainkan Si Ketua Penipu tu. Sebijak - bijak Si Ketua Penipu tu, akhirnya kena kencing jugak dengan Si Khalid Gagap!!! Patut la hancing tak tentu pasal!!! Hahaha...
Nyata, perkembangan terbaru di Selangor membenarkan cakap-cakap sebelum ini yang menyatakan PKR Selangor sedang berpecah teruk sampai ke akar umbi. Kemenangan kali kedua di Selangor, menyebabkan manusia di dalam PKR menjadi bertambah tamak dan saling berbunuhan sesama sendiri.Antara musuh utama Anwar Ibrahim di Selangor adalah FAEKAH HUSIN, SETPOL Khalid Ibrahim yang juga sekutu kuat Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR sendiri.Mesyuarat Biro Politik PKR tiga bulan lepas yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim telah memutuskan, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor, perlu dan wajib memecat Setiausaha Politiknya, Faekah Husin. Alasan pemecatan tersebut, Faekah Husin sudah jadi manusia yang cacing naik ke mata. Lebih sudu dari kuah. Lebih laju dari lajak.Demi kepentingannya, Khalid Ibrahim akur dengan arahan Anwar Ibrahim itu. Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak bernama Azman dan seorang lelaki bernama Haji Mustafa telah dilantik menggantikan Faekah. Azman sebelum ini adalah Pegawai Khas Khalid Ibrahim yang menjaga Bandar Tun Razak.Sebenarnya, Khalid Ibrahim hanya melakukan pertukaran nama jawatan, bukan jawatan. Azman diberikan jawatan sebagai SETIAUSAHA POLITIK - BANDAR TUN RAZAK, manakala Haji Mustafa pula sebagai SETIAUSAHA POLITIK - PEGAWAI KHAS.Tugas dan bidang kuasa kedua-dua orang berkenaan tetap sama seperti sebelum ini, tetapi diberi nama SETIAUSAHA POLITIK semata-mata untuk mengaburi dan memuaskan hati Anwar Ibrahim. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.