Hah! Jangan pelik tak tentu arah pulak beb. Benda ni memang benar - benar berlaku di Negeri yang diprintah oleh Rejim PAS Kelantan tu.
Diorang bukan sahaja buat lantikan tersebut, tapi siap bagi 'Elaun Tambahan' pulak kepada Timbalan Exco ni. Kiranya bukan la kosong macam tu sahaja.
Cuma yang menjadi persoalan kita, apa bidang tugas Timbalan Exco ni? Dari penerangan yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa diorang ni tak de tanggungjawab.
Minggu lepas telah berlangsung majlis angkat sumpah 10 orang Adun yang dilantik menjadi timbalan Exco kerajaan Kelantan.Rasanya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan jawatan timbalan Exco. Jawatan timbalan Exco ini tidak mempunyai kuasa dan hak bagi mengganti Exco melainkan hanya membantu tugas-tugas Exco diluar 'kerasmian'.Ertinya mereka tidak boleh mengganti Exco dalam apa-apa urusan rasmi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga tidak boleh menjawab soalan sebagai ganti Exco yang tidak ada dalam Dewan. Mereka juga tidak boleh membuat apa-apa keputusan.
Nah!!! Kalau dah itu tak boleh, ini tak boleh, apa kejadahnya diorang dilantik dan diberikan 'Elaun Tambahan' sebanyak RM ,500.00 sorang?
Kalau tidak silap mereka diberi elaun sebanyak RM1,500 sebulan. Denagn wang tambahan itu dapatlah timbalan Exco itu membiayai projek didalam kawasannya bagi menghadapi pilihan raya.Perwujudan jawatan ini bermula pada tahun 2010. Seramai 10 Adun yang terlibat. Perlantikan dibuat pada bulan Jun 2010 tetapi tarikh berkuasakuasanya di 'backdate'kan pada Januari 2010 untuk membolehkan elaun dibayar mulai Januari tahun 2010.Kenapa berlaku begitu. Bukankah cara itu untuk memberi wang kepada Adun yang menjadi timbalan exco itu?
Bukan ke itu membazirkan duit rakyat namanya? Kalau orang lain buat, tak cukup tanah diorang maki hamun. Sampai boleh runtuh bumbung dewan dibuatnya.
Dan yang lebih malangnya, hanya mereka yang tertentu sahaja dilantik menjadi 'Timbalan Exco' ni. Bukan semua ADUN dapat beb.
Maka timbul pulak persoalan dikalangan rakyat. Siapa yang layak untuk dilantik menjadi Timbalan Exco tu? Apa kriteria yang diperlukan? Pandai mengampu?
Tapi, inilah sifat hakiki puak - puak Parti Angguk Saja ni. Kalau diorang buat tak pe. Habis berbillion - billion duit rakyat tak menjadi masalah bagi mereka. Semuanya HALAL belaka. Maklum la. Bila rakyat tanya, diorang boleh kata untuk tujuan BERJIHAD!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.