Jumaat, Ogos 23, 2013


Apabila TMB menjawab posting saya mengenai isu Kelantan dalam The Malaysian Insider, empat perkara tersentap di hati saya. 

Pertama, jawapan beliau adalah self-indulgent (syok sendiri). Justeru syok sendirilah, maka jawapan yang beliau berikan penuh fantasi dan terkeluar dari isu sebenar yang saya timbulkan.

Apakah isu sebenar yang saya timbulkan? Isu yang saya timbulkan ialah soal pembangunan negeri, iaitu lebuh raya rakyat, stadium dan bekalan air bersih. 

Saya tidak sentuh langsung soal pelantikan Datuk Husam kerana itu adalah soal parti yang di luar daripada keperluan dan keprihatinan saya. 

Apa yang saya pentingkan ialah kemudahan yang diperlukan rakyat untuk tindakan kerajaan negeri, bukannya soal pelantikan Datuk Husam.

Jika betul saya menulis mengenai perasaan tidak puas hati saya berkenaan dengan pelantikan Datuk Husam, boleh TMB bagitahu saya bila saya tulis hal ini? 

Di mana saya tulis? Untuk pengetahuan TMB, usahkan untuk menulis hal ini, bercakap dan mengulas hal ini pun saya tidak berminat. Justeru TMB mempunyai fantasi yang tinggi dalam soal ini, sebab itu saya katakan beliau syok sendiri.

Kedua, jawapan TMB menunjukkan sikap tergesa-gesa beliau dalam memberikan respons kepada kenyataan saya. Saya bertanya: adakah TMB membaca posting saya sebelum membuat kenyataan balas atau sekadar cakap dengar sahaja? 

Justeru tergesa-gesalah jawapan TMB tiada roh dalam memahami denyut nadi rakyat. Yakinlah majoriti rakyat bukan sekadar jemu, tetapi sudah jenuh untuk bercakap soal pembangunan yang dijanjikan oleh kerajaan negeri. 

Saya sendiri juga bukan sekadar letih, tetapi sudah lelah, semput nafas untuk bercakap soal pembangunan Kelantan.

Ketiga, jawapan TMB tersebut meyakinkan saya bahawa beliau ‘semakin alergik’ kepada teguran dan kritikan. Kata Aristotle, jika tidak mahu ditegur dan dikritik “do nothing, say nothing and be nothing.” 

Sekarang ini TMB sudah berada di puncak sebagai pemimpin kerajaan negeri, maka bersedialah sedikit untuk ditiup angin. Jika angin sepoi-sepoi pun sudah dianggap ribut, maka susah untuk TMB mendaki lebih tinggi lagi mendokong hasrat rakyat.

Keempat, jika ini jawapan yang diberikan dalam peperiksaan, maka markah yang saya berikan kepada jawapan TMB ialah OUB (out of bound). 

Tergelincir! Jika saya mahu ulas hal ini, teruk jadinya. Maka, biar saya sekadar menjelaskan apakah yang OUB itu? OUB itu ialah apabila 'kita' tidak menjawab perkara yang ditanya? 

Misalnya, soalan saya ialah “mengapakah kerajaan Kelantan lewat melaksanakan janji untuk melaksanakan lebuh raya rakyat?” 

Jawapan yang diberikan ialah “kerana Agus tidak puas hati Datuk Husam tidak dilantik menjadi Exco.” Aduh, berat jawapan itu? Lain ditanya, lain yang dijawab.

Begitu juga dengan jawapan TMB kepada kenyataan saya. Jawapannya cuba mengaitkan pelantikan Datuk Husam dengan perkenan Tuanku Sultan, sedangkan saya langsung tidak menyentuh hal  itu. 

Pada saya, jawapan dan respons sebegini tidak beretika dan menunjukkan tahap ‘keupayaan’,  yang sekiranya terjadi kepada pelajar saya, pastinya saya akan memberi tugasan tambahan sebelum saya menilai sekali lagi untuk menggagalkannya. - Prof. Agus
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping